Social Icons

Friday 30 May 2014

Petua untuk pilih buah limau yg manis


Tgh2 gugle nak carik flight tiket yg murah, tetiba sampai kat topik ni.. Cara pilih limau manis.. Senang jek rupenya nak pilih limau ni. Lepas ni dah xpayah lagi nak dok 10 minit utk pilih 10 biji limau.. Hhehhe.. 

Korang tgk jek kat pusat limau tu.. Ade yg berlubang, ade juga yg tertutup.. Macam pusat manusia jugak kann.. Ehheh..  Dipercayai dan diyakini makin dalam pusat limau, makin manis lah ia.. 

Cth gambar dr carian si Gugle

Boleh test besok.. Gi Tesco dan pilih limau..  

Cite pasal limau ni, ianya bagus kerana merupakan sumber vitamin c.. Utk kulit, utk kuatkan sistem pertahanan badan, utk sembuh kan luka dan byk2 lagi.. Utk dapatkan sumber vitamin c yang cukup, kite disarankan utk makan 7 bj limau sehari.  

Haaa banyak kannn... Dah gitu klo beli 10 bj, kite jek makan 7, utk anak tinggal 3 jek.. Besok kena repeat beli lagi... Ari2 g Tesco utk beli limau.. Bapa agak2 kos limau tu utk memenuhi keperluan anda seorang? Congak2, biasanya 10 bj tu rm5.90. Sehari nak nakan 7 bj, jadik sebulan dlm RM120 la koman2 pun..

Mahal jugak yer..

Apa nak susah2, dgn Vitamin C Plus Shaklee, anda boleh dpt khasiat 7 biji limau tu hanya dr 1 biji vita C sahaja.. Betul!!!  Sekali jek beli sebotol Vita C Plus tu, boleh tahan 6 bln you... 



Vita C Plus Shaklee ni guna teknologi pelepasan berperingkat.. Setiap jam, 100 mg vita c dilepaskan.. Jadik sebiji vita c tu akan tahan 5 jam dpt badan.. Motif?? Supaya badan dpt menyerap vita c dgn lebih berkesan.. Tau tak, klo amik vita c dlm dos yg besar skali pun, tapi bkn dr jenis "sustained release", banyak yg membazir saja sbb ianya diserap sikit dan byknya yg dibuang melalui air kencing..


Vita c Plus Shaklee ni adalah dari sumber yg asli yer.. Selamat dan berkesan.. Yelah, Shaklee bukan bru bertapak, dlm lebih 50 tahun pun.. Apa nak diragukan..

Harganya pula berpatutan, RM90 sebotol dan tahan 6 bln tau.. Nak jimat lagi, daftar la jadi ahli.. Anda dpt jimat 20% dr harga di atas.. Lagi pun, Shaklee ade pelbagai supplement lain.. Utk ibu ayah, utk suami, utk anak pun ada.. Kite bagi lah  yg berkualiti utk keluarga kite... 

Perlukan maklumat lanjut, bole wa / sms saya.. :)

Edlin Zakaria
Shaklee ID
019-2677 100





Tuesday 27 May 2014

Caratomax untuk mata yang sihat

Salam petang..

Msg yg masuk pada waktu tgh syok buat kerja di ofc.. Berbunyi : 

RM0.00 SHAKLEE: We are pleased to inform that Carotomax (10113) is now available at branch & online. Thank you

Yeayy .. Carotamax is back!! Lama ko hilang.. La ni bru dtg balik.. Nak tau apa keistimewaan supplement Shaklee yg satu ni... Jom kite zasssss... :p



MANFAAT CARATOMAX SHAKLEE

Lebih Selamat Dari Vitamin A
* Vitamin A ditemui pada tahun 1912 dan merupakan vitamin terawal yang ditemui oleh  saintis. Namun begitu, sekiranya diambil secara berlebihan akan menjadi toksik kepada tubuh.
*!Kemudian, hasil penyelidikan saintis mendapati beta- karotena merupakan alternatif kepada vitamin A dan lebih selamat kepada kesihatan.

Mempertingkatkan Penglihatan
* Menghasilkan 'visual ungu' yang mengekalkan tahap penglihatan yang bagus dalam persekitaran yang gelap. 
* Carotamax membantu menyelesaikan masalah penglihatan seperti nyctalopia (rabun malam), rabun dekat, presbyopic, astigmatism, xerophthalmia (mata kering), kelesuan mata, glaucoma, katarak (selaput mata)eye bags dan gegelung hitam di bawah mata.
    
Meredakan Penyakit Kulit
* Pengambilan yang konsisten dapat melegakan masalah kulit seperti psoriasis, senile plaque (nyanyuk), kulit kering, dan jerawat. 
* Penggunaan Carotomax pada bahagian luaran boleh merawat pustule (jerawat biasa), scabies(kegatalan pada kulit), dan ulser kulit.

Melindungi Epithelial
* Memelihara lapisan luar kornea, rongga oral, usus perut, paru-paru, bronkitis, pundi kencing, ovari semasa disintegrasi tisu, merawat ulser saluran usus.

Melawan Kanser dan Oksidasi
* Pengambilan secara konsisten dapat mengukuhkan sistem imun tubuh, melambatkan proses penuaan dan menyekat aktiviti penyebab kanser dan menghalang sel-sel kanser. 
* Carotamax juga dapat mengurangkan risiko kanser terutamanya kanser paru-paru dan payudara. 
* Carotomax dapat mengurangkan radikal bebas dan menyingkirkan sel-sel mati yang teroksida dari tubuh.

Menghalang Infeksi
* Meransang enzim membunuh kuman, menyekat dan mempertingkatkan kondisi penyakit sistem respiratori paru-paru: batuk, hepatitis, asthma dan selesema.

Menggalakkan Perkembagan Tumbesaran Yang Normal dan Sihat
* Meransang perkembangan kanak-kanak/remaja, menguatkan tulang, melindungi rambut, kulit, membran mukosa, gigi dan gusi serta sistem reproduksi yang sihat. 
*Caratomax juga membantu dalam penghasilan sperma yang sihat.

Apa ada dalam carotamax ni??


Antara testimoni pengguna.. 


Nak lagi?? 


Wahh hebat kan... Sumber nye dari Allah juga yang menjadikan bahan asal ni... Shaklee ni medium sahaja utk buat research dan keluarkan supplement setelah melalui proses2 tertentu.. Saya pulak, middle man utk sampaikan nye kpd anda yg memerlukan..

Khidmat nasihat percuma.. Wa/sms 019-2677 100

Edlin Zakaria
Shaklee ID
Wa / sms : 019-2677 100 







Monday 26 May 2014

Aneka Sukan = Sukaneka :)


Assalam..

Sabtu lps (24/5/14) ada sambutan Sukaneka Pre-School Ilike di Eagle Ranch, Port Dickson.. Seronok jugak bila tau venue di PD, sekurang2 nya dpt jugak bwk anak3 g picnic lps sukaneka tu..


Senaman / warm up utk bdk2 dan mak ayah budak

Kepanasan yg agak mencabar :)

Terserempak dgn kawan sekolah dlu.. Kawan hubby jugak lah sbb kami kan sama sekolah

Hamboi suka nye anak dara ku ini

Kihhkihh.. Audy.. Audy.. Acara pegang bola pingpong dgn sudu

Yeayyy group Audy menang!!!

Nampak budak baju oren tu tgh sokong kakak dia? 

Okey.. Gambar Yan pulak.. Oppss.. Pakai bju uniform kakak :p



Hehhe.. Tak tahan xnak upload pic Yan.. Excited sgt nampak nya... Xoxo

Acara amik gula dlm tepung guna mulut.. No hands pls..

Parents punye acara pun ade... Adoiiyaaii dah lama x bersukaneka..  Antara nya kami main lari dalam guni, campak belon berisi air... Dengan panas nya, dgn aktivitinya.. Merembes la peluh yg keluar.. Nasib baik dah bancuh ESp dgn Performance Drink sblm keluar.. Klo dak, mmg pengsan ler :p

Semua yg hadir

Habis Sukaneka pukul 12pm, trs carik makanan.. Dan lps tu apa lagik? Sambung picnic lar..  Sebab xpuas, the kids made us promise utk dtg PD lagik.. In syaa Allah.. Dekat jek Senawang dgn PD tu.. Nnt dtg lagi bole lepak lama sikit ye... 



Sunday 25 May 2014

Mahu kekal bertenaga walaupun anda sedang berpuasa??


Antara persiapan penting untuk menyambut Ramadhan adalah fizikal yg sihat dan bertenaga.. Dengan cuaca yg panas, tentu nya mudah kite terasa letih dah lesu.. Di jangkakan cuaca panas ini berlarutan sehinggan bulan Ramadhan.. Kite tidak mahu badan yg letih akan mengganggu kite utk mengerjakan ibadah malam hari.. 


Set supplement yg saya nk kongsikan ini in syaa Allah dpt membantu anda utk lebih bertenaga sepanjang mengerja puasa di siang hari dan juga dgn tarawikh dan qiam pada malam nya.. Nak minum skrg pun bole utk anda berpuasa sunat Rejab dan Syaaban.. 


Set ini terdiri drpd :-


* Performance Drink

* Vita Lea 

* B Complex

* Vita C plus 500mg 




Kebaikan set ini :- 


* Sesuai bg menyokong kesihatan dan tenaga bagi mereka yg berpuasa

* Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh

* Membantu anda berasa lebih bertenaga

* Menguatkan sistem imun anda

* Membekalkan khasiat untuk kulit, rambut, kuku, tulang dan otot yang sihat 

* Memberi tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum.


Saya tentulah dah cuba dah dan berpuas hati.. Testimoni dari saya sendiri ni..Walau pun saya kena buat production susu 2 kali di ofc, tapi alhamdulillah takde rasa letih la.. Tetap cergas dan bertenaga. Mmg lain rasanye.. 


Perlukan maklumat lanjut bole wa / sms saya. 


Wasalam.. Semoga perkongsian ini dpt membantu anda juga untuk menjalani ibadah puasa..


Edlin Zakaria

Shaklee ID

Wa / sms : 019-2677 100





Thursday 22 May 2014

Bulan Ramadhan dah nak tiba...

Assalam.. 

Dalam sedar ataupun tidak, kita semakin menganjak meniggalkan bulan Rejab, yang juga bermakna kite semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan dan kerahmatan yakni Ramadhan. Bulan yang mulia ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman  kerana pada setiap saat dilimpahkan pahala yang berganda-ganda melebihi ganjaran yang biasa. Hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh ganjaran, malam-malamnya adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Setiap saat adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. 

Apabila datangnya bulan yang mulia ini maka Rasulullah SAW berdoa sebagai tanda kegembiraannya untuk menyambut Ramadhan . Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani)

Di antara ibadah pada bulan Ramadha ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya. Semoga kite sama2 merebut peluang yang Allah berikan untuk melaksanakan ibadah kepada Nya. Jangan lepaskan peluang ini, kerana belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang ( peringatan bagi diri saya sendiri).

Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.

Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :

1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

2. Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.

Mari kite persiapkan diri agar kite lebih bersedia dan seronok utk menyambut Ramadhan supaya dpt kite merebut kebaikan dan keberkatannya.  

Persiapkan juga fizikal anda agar lebih bertenaga pada siang hari walaupun dalam keadaan berpuasa, dan tetap bertenaga pada malam hari utk mengerjakan tarawikh..  

Semoga kite dapat sama2 memanfaatkan Ramadhan sebaik2nya.. Amin..


Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
Wa / sms : 019-2677 100





Wednesday 21 May 2014

Masak2 Baked Potatoes

Assalam dear readers

Rase nak makan apa yer? Saya rasa mcm nak makan western.. Hurmmm... Something creamy, cheesy...  Tekak meminta, kena lah gerakkan badan utk beraksi.. Jadik, dengan permintaan selera ku ini, google punya google finally decide utk buat baked potatoes.. 

Okey lah, alhamdulillah.. Baked potatoes agak memenuhi permintaan selera.. Simple, tak leceh, tapi sodap.. 

Nak try? Jom ni resepi nye :-

10 biji kentang size M
1 sudu besar butter
2 sudu besar sour cream
150 gm shredded cheddar cheese
100 gm Minced meet 
Secubit garam
Chilli flakes
Segenggam kasih sayang (baru masak woth love giteww )

Cara2 nye :-
1) Panaskan oven pada suhu 175 c
2) Bersihkan kentang- berus kulitnya
3) Lubangkan kentang, cucuk dgn garpu
4) Sapukan butter pada kentang
5) Taburkan garam secukup rasa atas kentang2 tu
6) Bakar dlm oven selama 50 minit

Tingg... Kentang dah masak

7) Potong 2 kentang tu
8) Korekkan isi kentang- tapi jgn smp kulit terlalu nipis 
9) Guna electrik mixer, campurkan isi kentang, butter, sour cream , 100gm cheese..
10) Campur chilli flakes, dan minced meet yg dah digoreng

Kulit kentang yg dah dikorek ;)

Isi kentang dan bahan2 yg lain

11) Dah siapkan , scoopkan isi kentang dlm kulit kentang tadi. Biarkan sedang2 saje, ngam2 penuh.. 
12) Taburkan dgn balance cheese tadi dan chilli flakes
* klo nak bg anak kecik makan, xyah letak chilli flakes awal2 dlm campuran tu.. Just taburkan dah end proses tu jer utk yg nak pedas..
13) Masuk dlm oven dlm 10 minit lagi..

Sebelum acara masuk oven

SIAP....

Hasilnya 20minit selepas masak, after mommy siap mandi dan solat...

Yang lain2 tu selamat dah...

Lawan pulak dgn nenas kuah kicap cili api.. Pergghhhh

Dah.. Sekian..







Saturday 17 May 2014

Manfaat 7 1/5 biji oren pada sebiji table Vitamin C Plus 500mg Shaklee

Assalam readers.. 

Kepenatan sume arini.. Seharian berjalan,  hari minggu katenye kan.. Aktiviti harini : Lawatan ke Aquaria.. Heheh.. Naik jek kete, nyok nyek nyok nyek sikit... Pastu senyap.. Laa dah tido rupenye kakak... 5 minit kemudian.. Yan pulak ikut tido.. Tinggal la daddy, Aydean dan mommy yg masih maintain cergas!!! Hheheeh.. Dah puas tido dak Aydean ni time org dok mewindow shopping.. Kena la mommy layan dlm kete..

Sedikit perkongsian.. Info kesihatan :)

****************************************



Sedarkah anda bawah tubuh kita sering kehilangan vitamin c semasa melakukan aktiviti harian? 

Vitamin C amat bermanfaat pada kesihatan manusia. Antaranya kebaikan nye :-

1) Menyokong pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia. Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2) Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan strok dan jantung tersumbat.

3) Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4) Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). Mengikut Doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

5) Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C. Jelas sekali vitamin C adalah umpama gam yang melekatkan sel-sel lalu menjadikan tisu-tisu dalam badan kita tidak mudah koyak atau terluka. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan.

6) Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran lima kali sehari. Namun kekangan masa dan tekanan kehidupan masa kini menyebabkan vitamin C tidak dapat diserap oleh badan secara optimum dan lebih banyak keluar melalui air kencing. Menurut Dr Bruce Miller, dos yang dicadangkan ialah 500 mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren. 



MANFAAT YANG LAIN ADALAH : 


7) Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

8) Memerangi kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan. 

9) Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat. 

10) Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan. 

11) Mengekalkan kolestrol sihat - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Apakah KEISTIMEWAAN & PERBEZAAN Vitamin C SHAKLEE dengan Vitamin C lain yang ada di pasaran? 


Vitamin C pertama yang SEMULAJADI dan bertindak secara ‘Sustained Release’ atau dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan vitamin c sentiasa berada dalam badan kita.

Di mana ia akan dilepaskan perlahan-lahan dalam badan sebanyak 100mg setiap jam untuk satu tablet. Vitamin C Shaklee didatangkan bersama-sama dengan bioflavonoid iaitu bahan penting yang akan membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik.

Tiada pembaziran kerana semua vitamin C digunakan dan dilepaskan ke dalam sistem tubuh secara perlahan mengikut keperluan


Sebotol vita c plus Shaklee adalah bagi penggunaan selama 6 bulan, dgn harga RM93 sahaja.

* daftar skrg sbg ahli dan jimat sehingga 20% potongan harga. Hanya RM65 untuk pendaftaran seumur hidup sahaja.. Faedah lainnya utk menjadi ahli adalah anda akan dpt cashback dr pembelian anda. Bagi yg mencari peluang utk side income, Shaklee it is... 

Wassalam

Edlin Zakaria
Wa / sms : 019-2677 100




Friday 16 May 2014

ESP... Bagus sangat ker??

Assalam readers..

Sapa antara anda adalah cikgu? Selamat Hari Guru utk anda! Jasa mu tidak ternilai.. 



Selamat dah siap kan hadiah utk teachers Audy di Ilike.. Arini juga ada potluck sempena sambutan hari guru.. Simple menu jek, bawak sandwiches.. Itu jek yang dan.. Huuhuuhuu

Gambar sambutan Teachers Day dari group wa yg dishare oleh Teacher Sarimah


Bismillah...

Sedikit info berkenaan ESP.. Energising Soy Protein.. ESP ni merupakan supplement yg sesuai utk semua peringkat umur dan juga untuk pelbagai fungsi utk kesihatan.. With ESP, you cant NEVER GO WRONG!! Nak tau kenapa kan?




Apakah ESP & Kebaikannya?

ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Ia berfungsi membina sel2 baru yg sihat dan membaiki sel2 lama yg rosak.. Ringkas nya ---

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA 

Badan kita ni full of sel..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein dan makanan utama bagi sel ialah protein. Oleh itu sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur dan 12 kali ganda susu. Begituu...


SET COMBO ESP

Sesuai dgn fungsi ESP yang membaiki dan membina sel2 badan, kebaikan nya juga adalah menyeluruh. Sebagai permulaan, anda boleh mencuba gabungan combo set ESP mengikut keperluan anda 


Antara nya :- 
A. SET MILKBOOSTER IBU MENYUSU
B. SET KURUS & CANTIK
C. SET KULIT CANTIK
D. SET GASTRIK
E. SET BERPANTANG / PEMBEDAHAN CESAREAN
F. SET SET IBU HAMIL & BAYI BIJAK
G. SET TAMBAH BERAT BADAN
H. SET KESUBURAN / INGIN HAMIL

Cara pengambilan ESP ni, pada waktu pagi, tea time dan waktu mlm.. Boleh diminum begitu saja, atau dicampur dgn yogurt drinks, susu dutch lady, dgn milo pun bole.. Tapi jgn dicampur dgn air panas.. Di bimbangi rosak kandungan protein nye.. Sapa yg dah minum ESP pasti setuju yg ESP ni rasa nye sedappp.. Hmmmm dapppp... 

Oppss bukan itu saja tau... ESP ni pun bole dibuat masker.. Pakai sebelum waktu tidur.. Paling best, campur dgn vitamin e shaklee... Good for skin.. Utk kulit lebih cerah berseri.. 




Utk khasiat yg begitu lah banyak nye, harga ESP ni hanya lah RM150 setin, bg penggunaan 2 bulan pulak tu..


Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
Wa/sms : 019-2677 100


* dapatkan harga ahli dan jimat sehingga 20% potongan.. Hanya RM65 untuk pendaftaran sekali sahaja.. Faedah lainnya utk menjadi ahli adalah anda akan dpt cashback dr pembelian anda. Bagi yg mencari peluang utk side income, Shaklee it is... 





Tuesday 13 May 2014

Ni utk Mommy... :)

Assalam...

Flashback utk Mother's Day yg lps :)


Bracelet hadiah dari Audy.. Of course Jian dgn Aydean blm pandai bg present lagi.. Kesian kat Yan, dia hanya pandang jek masa kakak Audy sarungkan mommy bracelet.. Jeles agaknye.. Sbb mommy sgt excited time tu.. Dua2 pun excited sbnrnya.. Sebenarnya saya anggap bracelet ni hadiah dari Audy mewakili adik2 nya juga.. :)

Bukti bergambar yg Audy buat sendiri bracelet tu.. Handmade ye.. With love..

Dan yg paling touched adalah doa nya


Mungkin x nampak jelas apa yg nak disampaikan.. Mehh saya tolong baca.. Message nye adalah "mommy boleh jadi Master Kodineta Shaklee". Aminnnn...

Apa tu yer? Master kodineta tu amenda nya? Sbrnya master coordinator tu adalah highest rank dlm Shaklee.. Every event Shaklee mesti mengangkut anak sume g join, sampai dorg pun dah tau gamaknya pasal master ni.. Hhihhi.. Mmg  tak lari la dari tujuan ramai ibu2 di yg buat Shaklee sbb nak bg full commitment pada keluarga.. Yes, sbb Shaklee is a family business.. Tgk tu, sampai Audy pun bole feel.. Hehehe

Dari segi tersirat nya, Audy nak lebih masa, lebih perhatian, lebih kasih sayang dari mommy.. Sbb dia tau, bile jadik master, mommy x perlu keje, tak payah kuar pukul 615 dan smp rumah 14 hrs later.. Dan bile mommy x keje, Audy pegi dan blk sekolah nanti mommy boleh hantar dan amik..

In syaa Allah.. Doakan impian anak2 kecil ini dimakbulkan Allah yer.. Amin...

Juga Selamat Hari Ibu utk mak.. Sayang mak.. Dan al-fatihah utk arwah mak mertua..

Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor


* kaum wanita yg ingin menjana pendapatan dari rumah boleh hubungi saya. 

~membantu utk menambai nilai kehidupan anda~







Tuesday 6 May 2014

Nak kurus.. Nak kurus..

Selalu customer2 saya bertanya "kak, bapa lama bole kurus klo saya amik Shaklee ni?" 

Susah saya nak jawab soklan ni.. Mcm klo kite periksa jugak, ade student yg study giler2, ade tak ok-ok jek dan ade yang x study langsung.. Bile jawap exam mesti la outcome/result nye tak sama, ye tak?

Dari apa yg dpt sya tgk bile sya monitor program slimming customer2 tersayang (bodek sikit), ada antara mereka yg betul2 disiplin.. Kite bg menu apa, bagi tips apa pun, sume depa amalkan.. Tapi ade jugak yg curik2, yg skip2 apa yg kite advise sorg suh depa buat..

Antara senaman ringan yg disarankan utk  mengekalkan kecergasan badan dan meningkatkan metabolisma 

Jadik, pokok nya ANDA. Saya boleh share mcm2 tips, tapi ANDA yg tentukan nak buat ke idak..

Dengan Shaklee anda boleh slim dengan SELAMAT. Semua produk Shaklee ini tidak menyerang organ dalaman manusia dan sangat bagus untuk memastikan kesihatan yang berpanjangan, in shaa Allah.

Shaklee dah berada di pasaran selama 50thn dan ianya SELAMAT, BERKESAN dan SEMULAJADI. 


Shape-Up Set Shaklee (Cinch Set) terdiri daripada:

Cinch Shake Mix
Cinch Energy Tea Mix
Lecithin
Herb-Lax

Jom kite tgk bagaimana Set Shape up Shaklee dpt bantu anda utk slim giteeww.. (Utk makluman Shaklee juga ade Set Slimming- ESP set yg lebih sesuai utk para ibu menyusu dan dlm pantang- in nx post ye)


Cinch Shake Mix

Setiap kali anda minum Cinch Shake Mix, anda akan mendapat 24 gram protein, 24 jenis vitamin dan mineral penting dan 6 gram serat larut. Ini penting kerana protein digunakan untuk membina otot dan ototlah yang menaikkan kadar metabolisma dan juga membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga boleh menahan kelaparan. Cinch Shake Mix diperkaya dengan Leucine yang berfungsi untuk memelihara otot semasa anda menurunkan berat badan. Cinch Shake Mix terdapat dalam perisa chocolate, vanilla dan cafe latte.

Cinch Energy Tea Mix

Ia memberi anda tenaga semulajadi dan rasa yang selesa. Diperbuat daripada campuran teh eksotik putih, merah dan teh hijau Matcha. Cinch Energy Tea Mix merupakan perangsang dan pembekal tenaga semulajadi dan selamat. Ditambah dengan Taurina, ianya dapat meningkatkan tenaga dan ketahanan badan. Cinch Energy Tea Mix juga merupakan pilhan terbaik untuk menggantikan manisan dan kopi bagi mengekalkan kecergasan tubuh.

Lecithin

Setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin,inositol,fosforus dan lemak tak tepu. Fungsi utama Lecithin adalah untuk memecahkan lemak dan kolesterol.  

Herblax
   
Ia mengandungi 9 herba semulajadi: alfalfa leaves,senna leaves,anise seed,blue malva flower,buckhorn bark,licorice root,rhubarb root,fennel seed dan culver's root. Herblax merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh. Selain itu, Herblax juga membantu masalah sembelit dan tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement). 

Kebaikan Shape-Up Set Shaklee:

Badan yang langsing dan rapi
Nampak lebih anggun
Rasa unggul
Rasa lebih bertenaga
Meningkatkan keyakinan diri
Meningkatkan kesihatan secara menyeluruh

KEEP MUSCLE YOU HAVE
BURN FAT YOU DON'T NEED
LOSE INCHES YOU DON'T WANT


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di: 019-2677 100

Ingin mendapatkan harga ahli? Daftar ahli  dgn bayaran RM65 saja seumur hidup dan anda juga layak mendapat cashback dari belian anda.. 


Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor






Anda punya IMPIAN atau ANGAN-ANGAN?

Persamaan ttg IMPIAN dan ANGAN-ANGAN - sesuatu yg ingin kite miliki.. Yang siang malam kite dok asyik pikir jek.. Biasanya ia adalah sesuatu yg lebih besar dr kemampuan kite.. Sbb klo kite dah mampu, ianya bukan lagi IMPIAN / ANGAN-ANGAN, tetapi ianya dah jadik milik kite

Perbezaan antara IMPIAN dan ANGAN-ANGAN - impian sesuatu yg nyata, yg kite nampak jelas, yg kite zahirkan atas kertas.. Kerana bila sesuatu nampak terang, minda kite secara tidak sedar akan cuba utk dapatkan nya.. Dan ada usaha dan sistem utk dapatkan nya.. Angan2 pulak mcm mat jenin. Siang malam tetingat jek, tapi no action.. Can mehhh? Maka kekal lah ia sebagai angan2 semata.

Perlu utk kite mempunyai IMPIAN hidup.. Tanpa impian hidup kite akan biasa2 aje. Dan kite akan rase cukup la dengan hidup yg biasa2 ini


Bila hidup kite biasa2 aja, kite pun akan hanya fokus kepada perbelanjaan keluarga saje.. Bukan tak mau hulurkan bantuan, tp kewangan blm mengizinkan. 

Mulai harini jom kite lebih fokus utk menjadi menjadik lebih kaya agar kite dapat menyumbang kepada saudara Islam kite, kpd pembangunan Islam. Kite rebut peluang ini seperti petikan hadis di bawah:-
 
“Sesiapa yang melepaskan sesuatu kesusahan seorang mukmin dari kesusahan-kesusahan dunia Allah akan melepaskan darinya satu kesusahan dari kesusahan hari Akhirat dan sesiapa melapangkan seorang yang berada di dalam kesempitan Allah akan melapangkan untuknya di dunia dan di akhirat”. (Hadis riwayat Muslim) 

Alhamdulillah Allah temukan saya dgn Shaklee.. Tak pernah berminat utk join MLM sblm ni.. Tak sangka ianya tak lah sepayah mana. Bila anda ada IMPIAN, halangan lain tu semua kite bole tolak ke tepi.  Dan xsangka pulak Shaklee bagi big potential utk tambahkan income..  Klo ade guide yg betul dari mentor, in syaa Allah menjadik.. Jangan masuk group yg salah sudah, nanti kesian terkontang kanting xdpt guide yg sepatutnya..

Dah nak masuk Maghrib.. Masih dlm tren.. 


Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor



Sunday 4 May 2014

Hypermarket vs kedai runcit

Assalam..

Dalam pada tgh scroll fb, ternampak 1 pic yg membuatkan saya terfikir.. 


Bukan saya saja rase nye, malah bole katakan majoriti kite skrg lebih banyak berbelanja brg dapur di hypermarket.. Seiring dgn zaman skrg ni.. Klo tidak, takde la hypermarket makin bertambah.. 


TESCO, GIANT, EAON BIG, ECON SAVE...

Perang harga di antara hypermarket terutamanya pada weekends.. Pilihan yg banyak... Kawasan yang luas.. Lebih convenient utk bergroceries shopping kan..

Tapi apakah nasib para peruncit kecil?? 

Tiba2 saya pun terasa sbb saya juga dlm golongan penjual.. Product saya hanya satu- supplement Shaklee... Saya peniaga kecil nak dibandingkan dgn farmasi spt Guardian dan Watson.. Modal saya juga kecil, hanya RM65 saja utk register ahli.. Dan sya tak perlu simpan ribuan ringgit stok.. Saya x gaji pekerja.. Saya xde kedai.. Kedai saya hanyalah handphone saya.. Hhuhuu.. Dlm perjalanan pergi blk kerja, saya uruskan bisnes Shaklee saya.. 

Tapi nama produk yg saya bawa ni besar kerana kualiti nye.  Pendapatan nye juga cukup besar bg para wanita dan kaum ibu yg ingin mencari punca pendapatan tambahan utk bantu keluarga..  

Okay, mulai hari ni saya akan cuba utk utamakan Kedai Runcit Haris... Tunggu pakcik, saya dtg.. Tapi stok barang kena banyak okey, klo x susah nak g carik kat 2-3 kedai.. 



Edlin zakaria
Shaklee Independent Distributor












Saturday 3 May 2014

Hamil dan tetap sihat bertenaga

Salam Ahad... Sunday is Funday! Sape setuju? ☝️Dapat berita gembira ttg seorg sahabat yg bakal menyambut kehadiran org baru dlm keluarga... Wahhh seronok kan... Saya yg excited 😬..

Sempena dgn good news ni, saya pun nak share ttg set utk ibu mengandung dari Shaklee.. Sumber yg asli ye, say NO to sintetic vits.. Kenapa NO pulak to sintetic? Anda pikir ehh.. Klo bg buah anggur yg real dgn yg plastik, atau fresh flower dgn yg plastic, anda pilih mana? Saya pilih yg real.. Sbb dlm vits ni, dimana kite makan dan msk dlm badan kite, yg asli akan mudah diserap oleh badan. Maka nye, ianya adalah lebih berkesan.. 
 

Supplement utk bakal ibu



Bagaimna set hamil ini dapat membantu anda? 


* memenuhi keperluan nutrisi yg lengkap untuk bakal ibu dan baby.  Kita sedia maklum bg wanita hamil, pemilihan makanan adalah bergantung kepada selera dan seringkali menyebabkan kurang nutrisi kpd ibu dan seterusnya juga melibatkan simanja.. 


* menjadikan bakal ibu kekal sihat dan bertenaga dalam menjalankan aktiviti harian 


* membekalkan nutrisi yg lengkap utk baby yang sihat 


* mengatasi masalah keguguran 


* membantu para bakal ibu utk terus kekal cantik dan menarik 


* set ini boleh terus digunakan dalam tempoh berpantang dan selepas pantang... 


Set hamil ini adalah utk penggunaan bagi tempoh :- 


- 6 bln utk #vita c

- 4 bln utk #vitalea dan #bcomplex

- 3 bln utk #omega guard

- 2 bln utk #ostematrix dan #esp #shaklee


Utk maklumat lanjut anda boleh wa saya di 019-2677 100 ✌️😊 






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my