Social Icons

Thursday 22 May 2014

Bulan Ramadhan dah nak tiba...

Assalam.. 

Dalam sedar ataupun tidak, kita semakin menganjak meniggalkan bulan Rejab, yang juga bermakna kite semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan dan kerahmatan yakni Ramadhan. Bulan yang mulia ini merupakan masa gembira kepada orang yang beriman  kerana pada setiap saat dilimpahkan pahala yang berganda-ganda melebihi ganjaran yang biasa. Hari-hari dalam bulan Ramadhan adalah hari penuh ganjaran, malam-malamnya adalah malam yang penuh dengan keberkatan. Setiap saat adalah peluang-peluang yang paling utama untuk menyucikan diri dan mendapat pahala daripada Allah SWT. 

Apabila datangnya bulan yang mulia ini maka Rasulullah SAW berdoa sebagai tanda kegembiraannya untuk menyambut Ramadhan . Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan.” (Riwayat. Ahmad dan Tabrani)

Di antara ibadah pada bulan Ramadha ialah berpuasa selama sebulan, solat sunat tarawih, qiyamullail, Malam Lailatul Qadar dan sebagainya. Semoga kite sama2 merebut peluang yang Allah berikan untuk melaksanakan ibadah kepada Nya. Jangan lepaskan peluang ini, kerana belum tentu lagi kita dapat bersama pada Ramadhan akan datang ( peringatan bagi diri saya sendiri).

Pada masa zaman Rasulullah dan para sahabat mereka sangat menanti dan merindui kedatangan Ramadhan. Rasulullah menyambut Bulan Ramadhan dengan mendoakan “Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan”. Apabila tiba sahaja Ramadhan mereka tidak melepaskan peluang ini. Mereka lakukan segala ibadah dengan penuh kegembiraan dan keseronokkan. Apabila akhir Ramadhan mereka menanggis kerana mereka takut mereka tidak dapat menyambut Ramadhan pada tahun akan datang.

Antara persiapan yang perlu ada kepada kita semua untuk menyambut Ramadhan supaya Ramadhan tidak terlepas begitu sahaja ialah seperti berikut :

1. Persiapan Rohani penting kepada kita semua, untuk melaksanakan segala ibadah yang ada dalam Bulan Ramadhan ini perlu mempunyai keikhlasan hati dan tidak mengeluh kesah kerana tidak dapat menikmati makanan pada siang hari dan tidak merunggut kelaparan ketika berpuasa.

2. Ilmu tentang ibadah-ibadah yang terdapat dalam Bulan Ramadhan kena dipelajari oleh kita semua, kefahaman tentang ibadah Bulan Ramadhan ini akan menyebabkan kita mudah melaksanakannya tanpa menghadapi masalah.

3. Fizikal penting dalam melaksanakan ibadah puasa, sebab orang sakit dalam bulan puasa tidak dapat melaksanakan ibadah puasa dan ia terlepas dari segala hikmah yang terdapat dalam bulan puasa. Badan sihat juga mudah untuk melaksanakan ibadah Solat Tarawih, mudah untuk membaca Al-Quran dan sebagainya.

4. Ekonomi juga penting dalam bulan puasa. Orang yang berkemampuan perbanyakkanlah sedekah kepada orang yang tidak berkemampuan. Kerana ganjaran pahalanya sangat besar. Memiliki ekonomi juga dapat membuatkan seseorang itu mudah ke masjid untuk melaksanakan ibadah Bulan Ramadhan.

Mari kite persiapkan diri agar kite lebih bersedia dan seronok utk menyambut Ramadhan supaya dpt kite merebut kebaikan dan keberkatannya.  

Persiapkan juga fizikal anda agar lebih bertenaga pada siang hari walaupun dalam keadaan berpuasa, dan tetap bertenaga pada malam hari utk mengerjakan tarawikh..  

Semoga kite dapat sama2 memanfaatkan Ramadhan sebaik2nya.. Amin..


Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
Wa / sms : 019-2677 100





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my