Social Icons

Wednesday 15 October 2014

Maksud Birthday


~ JUST FOR FUN~ 
 
Tadi saya dpt message berkenaan dgn personaliti diri based on birthdaye kite. Apa lagi,  laju jek saya carik bday sendiri.. Ok jumpa!! Saya category merpati.. Jomm tgk apa dia kata pasal saya.. Saya siap tanda lagi mana yg saya rase kena dgn diri saya dan mana yg tidak :-

Merpati: 

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang ✅ yelah kot.. Kalo marah pun, saya lebih banyak diri dari mengamuk tak tentu pasal.

Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya ✅ kebanyakan nye  yelah tu.. Cuma saya hanya buat apa yg saya suka.. Cth, saya masak bila ade mood, jadik saya enjoy lar.. Klo xde mood saya x buat.. Jadik statement ni agak subjective sebenarnya.

Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. ❓saya xbole judge diri saya sendiri.. Sapa yg kenal saya saja yg boleh evaluate betul atau x dengan statement ni

Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana ❌ iskkk2.. Iye ker?? pujuk memujuk bukan lagi bidang saya.. Mungkin dlu yer, tp skill tu dah hilang.. Heheh.. Jd kalo nak merajuk dgn saya, mintak maaf awal2 yer, saya tak pandai nak pujuk..

Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi ✅✅ sume org rase nye mmg x suka dgn sifat hipokrit..

Bagaimana dgn anda pula? Ni full version nyer.. Baca hanya sekadar suka2 yer.. Jgn percaya.. Mana yg kena tu mungkin kebetulan dan mungkin statement tu lebih general.. 



Januari 01-09 ~ hamster      
Januari 10-24 ~ Tikus         
Januari 25-31 ~ Singa         
Februari 01-05 ~ Kucing      
Februari 06-14 ~ Merpati   
Februari   15-21 ~ Kura-kura          
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang      Mac 01-12 ~ hamster         
Mac 13-15 ~ Singa          
Mac 16-23 ~ Tikus          
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung          
April 04-14 ~ Harimau Bintang          
April 15-26 ~ Tikus          
April 27-30 ~ Kura-kura     
Mei 01-13 ~ jerung          
Mei 14-21 ~ Merpati          
Mei 22-31 ~ Singa          
Jun 01-03 ~ Tikus          
Jun 04-14 ~ Kura-kura       
Jun 15-20 ~ jerung          
Jun 21-24 ~ hamster         
Jun 25-30 ~ Kucing          
Jul 01-09 ~ Tikus          
Julai 10-15 ~ jerung          
Julai 16-26 ~ Merpati         
Julai 27-31 ~ Kucing          
Ogas 01-15 ~ hamster       
Ogos 16-25 ~ Tikus          
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang          November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "
»»» maksud/erti :     
  
# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen.
       
# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begiitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. 
    
# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar          melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi.
     
# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
         
# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.
       
# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi.
    
# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm......kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. 
 
# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi..

Itu sajaer... Sekian :)

Edlin Zakaria
Shaklee ID
019-2677100


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my