Friday, 10 July 2015

Resepi choc chip cookies

Utk tujuan mengabadi kan resepi cookies yg sedap ni..

Copy paste saje dr azie kitchen, kecuali ade sedikit yg di adjust mengikut kesesuaian

**************

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang ( ed* mampat)
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung ( ed* utk 2 adunan saya kurangkan minyak kepada 3/4 cawan)
1 biji telur gred B (ed* guna telur gred A)
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. (Ed* tak perlu whisk lama, sekejap jek)


Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. 

ed * susun adunan sedikit rapat2 , dengan cubit2 dan bentuk kecik2 tinggi.

Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Ed* simpan aduan yg dah benbentuk dan aduan yg belum berbentuk dlm freezer selama 10 minit.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. ( ed* tak tau berapa suhu yg digunakan sbb oven yg digunakan dah temperature yg abis luput. Agak2 chk dlm over bila dh 20 minit.. Klo color dan cantik, angkat trs.. Klo blum trs kan membakar. Cookies  ni x sensitif sgt, bole bukak2 oven semasa membakar)  Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Guna suhu tu ntah berapa..

Beli oven temperature tp xdpt temp yg sebenar.. Ke tak reti nak guna.. Ngeh ngehhh 

Bukak jek balang trs berbau harummmm

Dah sekian.. 

Berbanyak2 terima kasih kepada kak azie  atas resepi cookies ni.. Pencarian ku dah berakhir di sini. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my