Social Icons

Thursday 6 February 2014

Rasulullah idola kami, Anak amanah kami

Saya memetik dari tajuk tazkirah yang disampaikan melalui malam sambutan Maulidur Rasul di ILIKE Pre-School malam semalam. Di sampaikan oleh PU Fakhrul Islam.. Hebat ustaz muda ini!! Penyampaian yang disampaikan amat terkesan pada saya.  Topik yang menarik perhatian para kaum ibu dan bapa pada zaman yg semakin mencabar ini.



Penceritaan tentang peribadi insan agung Muhammad SAW amat menyentuh perasaan. Pengorbanan Rasululllah dalam berjuang demi ISLAM. Peribadi Rasulullah yang sungguh mulia. Betapa insan agung ini yang dipilih Allah ini datang nye dari keluarga yang amat miskin..  Hanya mendapat kasih sayang dari ibu nya sehingga usia 2 tahun sebelum diserahkan di bawah jagaan ibu susuan nye Halimatun Saadiah.. Tidak pernah mendapat kasih sayang dari bapa nya. 

Antara kisah yang menarik adalah mengenai seorang buta yang kafir telah memeluk Islam akibat dari mulianya peribadi Rasulullah, walaupun setelah kewafatan baginda Rasulullah. Baginda tetap datang memberi makan kepada orang buta tersebut dengan tangan nye sendiri walaupun pernah dihina oleh orang tersebut.. Keiklasan dan kasih sayang dari suapan tangan dapat dirasai walaupun hakikat org tersebut buta.. Hebatkan... Itulah insan agung Muhammad SAW.

Rumusan dari tazkirah yang disampaikan, ialah betapa penting kasih sayang dalam membentuk dan mendidik anak2.  Kasih sayang yang bukan dinilai dengan kebendaan, namun lebih kepada ikatan lahiriah ibu bapa dan anak2. Cara mendidik anak2 pun berubah seiring dengan usia mereka.  Kejayaan ibu bapa sebenarnya terletak kepada sejauh mana mereka berjaya mendidik akhlak dan aqidah anak tersebut.  Pendidikan yang amat penting perlu diserapkan ke dalam jiwa anak2 adalah AKIDAH... Rosak nya anak2 sekarang berpunca dari akidah yang goyang. Gejala2 sosial di kalangan anak2 muda akibat dari akidah yang rapuh..

Tau tak bila waktu yang baik untuk ibu bapa menasihati anak2? Waktu yang paling berkesan untuk nasihat tersebut masuk ke dalam hati anak2 adalah ketika 1) bersiar-siar  2) anak sakit/ tak sihat  3) waktu makan . Perlu diamalkan juga oleh ibu bapa untuk mencium dahi anak, mengusap kepala mereka dan memberikan kata2 motivasi kepada mereka.. Ianya dikatakan dapat merangsang semangat anak2 kite..



Majlis yang sungguh bermanfaat.. Terima iLIKE kerana menganjurkan majlis sedemikian. Hope for more to come.. :)


Semoga saya dan suami berjaya mendidik anak2, Audy Auleany bt Anis Hazril, Jian Jahzara bt Anis Hazril dan Muhammad Aydean b Anis Hazril sehingga mereka menjadi harta berharga di akhirat kelak. Amin..

*pic pinjam dari watsapp group ILIKE.. Atas ni pic para ibu2.. Saya sibuk makan, xsempat nak masuk dlm gambar.. Hehhe.. Makanan pun sedap tuhhh...

Wassalam.





Saturday 1 February 2014

Collagen Powder Shaklee memang berkesan!

Sana sini orang berkata tentang kolagen.. Nak nampak muda, nak bagi muka tegang, nak hilangkan garis2 halus, bak kata semua yang berkaitan dengan kulit, dengan kecantikan, semua nya pakat carik kolagen.. 


Namun, tahukan anda fungsi kolagen bukan untuk kecantikan semata2?  Wanita yang berumur 25 tahun ke atas amat memerlukan KOLAGEN kerana pada usia tersebut penghasilan kolagen oleh tubuh badan mulai MEROSOT.. Lihat sahaja wajah anda pada usia 25 dan 35 tahun.. Perhatikan pada tahap ketegangan kulit, garis2 halus yang semakin lama semakin sebati, kulit yang semakin kering, rambut yang semakin gugur, kesakitan lutut / kaki mulai di rasai dan kualiti kesihatan yg mula turun sedikit demi sedikit.. Semua nya berkait rapat dengan kadar penurunan kolagen dalam badan..


Nak tau apa significant nye kolagen ni utk kite bermula usia 25 tahun? Jom kite kenal dlu dengan substance yang dikenali dengan kolagen ni..

**************************************************

KOLAGEN adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.
Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protein di dalam badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan. 

Kolagen terdapat pada kornea mata, kanta mata, kulit, salur darah, keratin (rambut & kuku), tulang, tendon, rawan sendi, gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu serta organ seperti buah pinggang, jantung dan sistem limfatik.

Terdapat 29 JENIS KOLAGEN namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III, IV dan V.

KOLAGEN I    : Terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligature, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi.

KOLAGEN II   : Terdapat pada tulang rawan (komponen utama tulang rawan) dan mata.

KOLAGEN III  : Reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagau penyokong dalam tisu lembut seperti hati, jantung, tulang sum-sum, arteri, kulit, usus dan rahim.

KOLAGEN IV  : Membentuk asas kepada sel membrane dasar (serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggan) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.

KOLAGEN V   : Terdapat pada permukaan sel, rambut dan uri.


FUNGSI / KESAN KOLAGEN KE ATAS BADAN

* Memelihara ketegangan dan keanjalan kulit.
* Memelihara kelembapan kulit
* Menyokong baikpulih tisu dari kecerdasan otot dan tulang
Menguatkan otot dan tulang
Membantu hati dalam proses detoksifikasi (buang toksin)
Memelihara keleturan sendi
* Mengurangkan keradangan (imflammation)
Memberi tenaga pada badan
Membantu pola tidur yang baik
Memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protein pada saraf


KESAN KEKURANGAN KOLAGEN DALAM BADAN

Penghasilan KOLAGEN berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Kesan pengurangannya mula dirasai lebih kurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kologen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan KOLAGEN dalam badan.



Oleh itu, KOLAGEN diambil sebagai makanan tambahan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis (sakit sendi), osteoporasis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.

Selain daripada itu, kesan lain akibat kekurangan kolagen adalah seperti berikut :-

* Kulit menjadi kusam
* Badan kelihatan tidak bermaya
* Tiada seri pada wajah
* Kulit kedut dan mula kendur
* Pigmentasi kulit akan berlaku
* Badan cepat letih dan lesu
* Sering mengalami sakit badan dan sendi
* Mudah lupa 
* Kurang penglihatan
* Sakit pinggang, lutut dan sebagainya.



Sekarang anda lebih faham bukan maksud kolagen yang sebenar?  Rata2 kolagen berharga sedikit tinggi tetapi berpatutan lah pula dengan kebaikan yang disalurkan kepada kita.. 

Itu pun belum dibandingkan lagi dengan nilai kesihatan dan kecantikan berbanding dengan apa yang anda belanjakan.. 

YOU GET WHAT YOU PAY!!! 

* it's my MUST HAVE supplement now.. And i know it's the BEST SOURCE of collagen.. More than collagen- COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Untuk dapatkan supply kolagen anda yang terbukti SELAMAT dan BERKESAN, boleh sms/ watsapp saya di 019-2677100..

Sekian.. Wassalam.. Jom subuh!!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my