Social Icons

Thursday 6 February 2014

Rasulullah idola kami, Anak amanah kami

Saya memetik dari tajuk tazkirah yang disampaikan melalui malam sambutan Maulidur Rasul di ILIKE Pre-School malam semalam. Di sampaikan oleh PU Fakhrul Islam.. Hebat ustaz muda ini!! Penyampaian yang disampaikan amat terkesan pada saya.  Topik yang menarik perhatian para kaum ibu dan bapa pada zaman yg semakin mencabar ini.



Penceritaan tentang peribadi insan agung Muhammad SAW amat menyentuh perasaan. Pengorbanan Rasululllah dalam berjuang demi ISLAM. Peribadi Rasulullah yang sungguh mulia. Betapa insan agung ini yang dipilih Allah ini datang nye dari keluarga yang amat miskin..  Hanya mendapat kasih sayang dari ibu nya sehingga usia 2 tahun sebelum diserahkan di bawah jagaan ibu susuan nye Halimatun Saadiah.. Tidak pernah mendapat kasih sayang dari bapa nya. 

Antara kisah yang menarik adalah mengenai seorang buta yang kafir telah memeluk Islam akibat dari mulianya peribadi Rasulullah, walaupun setelah kewafatan baginda Rasulullah. Baginda tetap datang memberi makan kepada orang buta tersebut dengan tangan nye sendiri walaupun pernah dihina oleh orang tersebut.. Keiklasan dan kasih sayang dari suapan tangan dapat dirasai walaupun hakikat org tersebut buta.. Hebatkan... Itulah insan agung Muhammad SAW.

Rumusan dari tazkirah yang disampaikan, ialah betapa penting kasih sayang dalam membentuk dan mendidik anak2.  Kasih sayang yang bukan dinilai dengan kebendaan, namun lebih kepada ikatan lahiriah ibu bapa dan anak2. Cara mendidik anak2 pun berubah seiring dengan usia mereka.  Kejayaan ibu bapa sebenarnya terletak kepada sejauh mana mereka berjaya mendidik akhlak dan aqidah anak tersebut.  Pendidikan yang amat penting perlu diserapkan ke dalam jiwa anak2 adalah AKIDAH... Rosak nya anak2 sekarang berpunca dari akidah yang goyang. Gejala2 sosial di kalangan anak2 muda akibat dari akidah yang rapuh..

Tau tak bila waktu yang baik untuk ibu bapa menasihati anak2? Waktu yang paling berkesan untuk nasihat tersebut masuk ke dalam hati anak2 adalah ketika 1) bersiar-siar  2) anak sakit/ tak sihat  3) waktu makan . Perlu diamalkan juga oleh ibu bapa untuk mencium dahi anak, mengusap kepala mereka dan memberikan kata2 motivasi kepada mereka.. Ianya dikatakan dapat merangsang semangat anak2 kite..



Majlis yang sungguh bermanfaat.. Terima iLIKE kerana menganjurkan majlis sedemikian. Hope for more to come.. :)


Semoga saya dan suami berjaya mendidik anak2, Audy Auleany bt Anis Hazril, Jian Jahzara bt Anis Hazril dan Muhammad Aydean b Anis Hazril sehingga mereka menjadi harta berharga di akhirat kelak. Amin..

*pic pinjam dari watsapp group ILIKE.. Atas ni pic para ibu2.. Saya sibuk makan, xsempat nak masuk dlm gambar.. Hehhe.. Makanan pun sedap tuhhh...

Wassalam.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my