Sunday, 27 October 2013

Doa agar Mudah Bersalin

Antara doa2 yg saya amalkan untuk memudahkan proses melahirkan.. Masih dalam simpanan di notes mobile ni, terjumpa time nak buat data cleansing..

       

Setiap kali selepas solat, letakkan tapak tangan kanan ke atas ulu hati dan bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, selawat ke atas nabi 3 kali, dan ayat 87 Surah Al-Anbiyaa’ 1 kali.

Maksud ayat 87 Surah Al-Anbiyaa‘:

“sesungguhnya tiada tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (Ya Allah)! Maha suci Engkau, sesungguhnya aku adalah daripada orang-orang yang menganiaya diri ku sendiri”.

Selepas itu sapu turun tapak tangan itu sampai ke pusat dan berhenti seketika dan niatkan kepada Allah S.W.T supaya mudah dan selamat melahirkan anak yang soleh/solehah.

Apabila selesai permintaan itu, sapu turun tangan itu sehingga melepasi tundun faraj.

Dah alang2 cite pasal birth ni, saya share sikit my birth experience utk my 3 child, Muhammad Aydean bin Anis Hazril.. The only boy as at now  Born on 5/2/2013 at KPJ Seremban.. By my Gynea Dr Ivan Lee..

We planned for induced birth sbb the EDU was on 11/2/2013.. And that fall on CNY. Since my Gynea pun Chinese, amik kire his long hols so kite amik date on 5/2/2013.. Lagi pun ikut my previous 2 experience, i prefer induced rather normal birth.. Induced birth basically pada saya, lebih relax.. Kite datang menyerah diri, the process utk pecahkan water bag (air ketuban) dibuat oleh Dr. Dah tu tunggu jek la rase sakit dtg. Knowing that we going to give birth on that day, kite bole prepare and spare energy utk push nnt. Bole siap2 makan kurma, telo separuh masak n apa2 yg teringin nak makan sblm proses berpantang bermula.. Rather than klo kite just tunggu rase sakit tu datang... Buatnya hari siang tu dah pulun berjalan atau kemas rumah, tetiba malam sakit.. Energy pun time tu dah kurang..Lebih stressful!

Dalam 3-3 anak, sorg jek yg normal birth (means tunggu sakit dtg then bru g hospital). Mmg sume experience sya takde amik epidural.. Nak rase camne nikmat sakit bersalin tu.. So yg no 2 ni, Jian Jahzara, the EDu 11/9/2010, time tu Hari Raya Aidilfitri.. Sbnrnya sya sendiri konon2 expect bby keluar after hari raya.. Xde experience nk tunggu rase sakit sbb time kakak nye dulu, induced jugak.. So raya tahun tu pada 10/9/2010.. Biasa la, raya mcm biasa sbb siang blm rasa apape pun. Mlm tu time kemas2 bju dlm kul 11, start rase sakit.. Tunggu2 sakit makin frequent..

Smp pulak hospital tgh mlm.. Midwife jek yg ade.. Saya dah rase sakit sgt time tu, tp midwife tu kata blm bukak.. Kena tunggu smp 8cm bru Dr dtg.. Nangis2 saya ckp dah sakit, smp sya dah ade nak meneran (normally tht the sign kepala bby dah nk kuar sgt). Time tu bru dia panggil dr. Dlm kul 5 kot. Dr smp pun tgk waterbag dah pecah. Tak perasan pun bila yg pecah.. Tp by tht time yg kena push, sya dah stress sgt dgn midwife tu, sya dah penat sbb siang nye mkn makanan raya (stakat nasik impit, lemang), energy pun dah very low.. Saya xbole nak push dah.. So suruh dr buat vacuum.. Ingatkan klo vacuum bbu trs kuar.. Tidak ye.. Nak masukkan vacuum tu pun dah menyakitkan. Lps tu kena push jugak.. Huwawaa.. Alhamdulillah dah berpulun2 lps tu, bby selamat kuar..

Pernah saya terbaca pasal the mother's mood time nak deliver tu will affect the bby.. Mmg betul kot, sbb si Jian ni jenis yg kememeh la sgt.. Cakap sikit nangis.. Marah sikit nangis.. Tapi dia manja.. And sya puas ati sbb dpt bf dia smp masa yg mmg saya dh x boleh nak teruskan..

Sayang Yan.. Semoga berjaya di dunia dan akhirat sayang...

* dr topic nak share psl doa, trs melalut pasal cite beranak.. 











Saturday, 26 October 2013

Konsert CIC's Blossom Hi Tea

First child, first concert... Excited! Nasib baik dapat bju kurung pink untuk Audy pakai.. Teachers bg short notice for the students to wear pink kurung.. Last minute, my sister ade jumpe balance bju yg dia jual dlu. New and mmg size Audy.. Alhamdulillah..

Pasal performance, Audy slalu jugak praktis kat rumah Choral Speaking and lagi How's the Weather.. Cume pikir, camana la kat stage tu nanti.. Takot pulak tetiba dia malu nak cakap. Hah camne tu!

Tapi bila kite as parents tgk anak atas stage.. Wahhh rase sungguh proud.. That's the feeling.. Camane la klo amik Master Degree nnt kan? Hahaha. Sume nye ade 3 performance by CIC Senawang dan rasenye 2 performance by CIC Ayer Keroh. The first one tu all the kuar goyang2 badan ikut rhythm lagu psl child abuse.. Audy pegang sign board "Love us". touching gak lagu tu..

The second performance all the kids sing How's the Weather song.. Dgn body movement and ade all those "weather" yg kuar. Sungguh comel!! Best! The teachers had done good job! Training 4-6 yo kids is not easy job kan..

And the last performance is the Choral Speaking.. Most anticipated, and it's absolutely the greatest one.. Its about "what do we say?" The children has school trip to the zoo.. the scene starts at home, sampai sekolah, naik bus, sampai zoo and mealtime.. And between this they say words of praises to Allah... Bismillah, subhanallah, astaghfirullah, alhamdulillah, fiamanillah.. Audy opens they choral speaking.. Brave mommy's girl!! Proud of u darling.. Muahh
















Thursday, 17 October 2013

5 years back

Terlambat sehari posting ni..

Bz sikit semalam, arrangekan birthday party Audy kat kindy - CIC Senawang.

Lahirnya budak bernama Audy Auleany ni pada 17 October 2008.. Ye dah 5 tahun.. Paling susah nak dapat, tapi senang nak jaga masa keciknye.. Kurang sgt menangis, sampaikan jiran keliling rumah ckp mcm xde baby jek kat rumah ni...

Birth date ni actually saya n husband dah decide sbb kami pilih utk induce at bby 38wks plus.. Xde any complication, cume i worried too much about bby's survival in my womb.. Too long waiting for this pregnancy, bad first pregnancy experience, too many scary story about bby' death.. So we opt for induced.. The date coincidentally sama with my bff bday.. Kami pilih tarikh ni sbb nak amik keberkatan hari Jumaat..

This is roughly what i can still remember on that day..
800 : serah diri kat hospital- Seremban Specialist Hospital
900 : start pasang drip utk induce kasik bukak jalan
930 : My gynea Dr Ivan Lee dtg visit dan pecahkan my waterbag
- during this time still ok jek lagi, still on fb, borak2 ngn husband etc
1130 : dah start rase sakit sikit2
1430 : dah rase sakit banyak.. Mak n abah dtg.. Mak masuk dlm labour room dgn bekal kurma n air selusuh.. Saya pun start minum.. Tapii alamaakkkk bile nurse dtg tetiba dia kata xbole minum air selusuh lagi, nnt makin sakitt... Dah tu nak buat camne, dah minum.. Bg saya, air tu yg dah dibaca dgn ayat2 quran adalah untuk memudahkan bersalin.. Redha jek time tu..
1600 : ya Allah, sakit ya amat... Saya kalo sakit, saya simpan je... Selawat n baca apa2 yg patut.. Nampak muka mak pucat masa saya dlm kesakitan tu.. Ibu, mereka yg tau apa yg kite rase kan..
Time ni pulak dah dgr patient lain dok push2... Pastu tepuk2 tgn.. Heheh apadaa kan.. Ade yg teran 3 kali dah kuar bby, ade yg lama sikit..
1830 : ard this time dr n nurses sume dah ready... Yuhhuuu... Seingat saya time adr ramai nurses.. Sume nye sgt supportive.. Husband dah ready ngn camera amik video... Time ni dah xpikir apa dah.. Teran sekuat bole utk bby bby kuar..
1857 : alhamdulillah... Lahirkan seorg lain hamba Allah yg paling istimewa buat kami... Penantian selama 6 thn berakhir.. Lps bby kuar jek, hilang rase sakit...

Sekarang Audy dah 5yo.. Bile flash back rase mcm baru jek lagi..

Tapi yg kesian kat Audy ni sbb awal2 lagi dia dh minum fm.. Time tu kurang ilmu n kurang support.. After 1 mth bru mommy found courage to bf balik.. Tp dah terlmbt kot.. So dpt la bf sikit2 jek smp umur Audy 8bln..

Semoga Audy berjaya di dunia dan akhirat sayang... Sentiasa berada dalam lindungan Allah.. aminnnn














Thursday, 10 October 2013

Kenapa? Tak percaya ke? Tak percaya meh tgk sini

Testimoni dari group The Magic Garden.. InsyaAllah semua penyakit atau masalah ade cara penyelesaian nye.. Unless kalau anda dok diam2, mmg lo masalah or penyakit x selesai/x baik..

Sedikit belanja saje diperlukan untuk kesihatan kite..

~Coz GOOD HEALTH is PRICELESS~

 Edlin Zakaria
 Shaklee Independent Distributor
 ID No: 953268
+6019-2677100
 http://themagicgarden.blogspot.com
 facebook : The Best from Shaklee











Tuesday, 8 October 2013

Tempoh 9 bulan yang menyeronokkan

Seronokkan bila dapat tau kite pregnant? Walaupun dalam tempoh tersebut badan kite kurang sihat, selera pun x best, tapi feeling bile kite carry 1 makhluk istimewa dalam womb tu mengatasi segala2 nya.. Hebat nya kuasa Allah.. Darah setitik air menjadi darah, bertukar kepada segumpal daging dan membentuk menjadi manusia yg sempurna.. InsyaAllah..

Bila dah tau pregnant, adalah macam dah jadik harus amik supplement.. Sbb kite ni memerlukan tenaga dan nutrisi bagi membantu pembentukan makhluk istimewa itu.. Mmg badan kite perlukan byk tenaga dalam proses tersebut dan tak hairan la kenapa sepanjang tempoh kehamilan, kite senang letih.. Jadi, supplement adalah jawapan nya.

Tetapi, anda tau tak betapa banyak pil antenatal yang tidak hancur dalam tubuh dan boleh mengakibatkan pelbagai masalah kesihatan antaranya batu dalam hempedu?

Pil vitamin yang tidak hancur itu akan bersalut dengan lemak dan seterusnya membentuk batu hempedu.

Oleh itu, pastikan supplement yg anda ambil adalah berasaskan sumber asli supaya ianya selamat dan senang diserap oleh badan. Sebagai alternatif, pilihlah Set Mengandung Shaklee sebagai pilihan terbaik dan selamat.

Set Mengandung Shaklee terdiri daripada:-

~ Multivitamin(Vita-lea) ~
mengandungi 12vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula. Iron formula sangat penting bagi ibu yang mengandung dan menyusukan anaknya. Kekurangan iron boleh membuatkan si ibu lemah, mudah nak pitam atau pengsan, tekanan darah rendah dan sentiasa kelihatan pucat lesu.

~ B Complex ~
Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B. Supplement B complex Shaklee mengandungi Folic acid, biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon .Vitamin B dikatakan sangat penting untuk pembentukan tulang tengkorak anak di dalam kandungan.

~ Vitamin C ~
Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenuhi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg. Ia tidak mempunyai pewarna dan pengawet tambahan.

~ Kalsium(Ostematrik) ~
Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel dan pembentukan tulang bayi. Tidak mengandungi lemak berbanding produk tenusu. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna, membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggang, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan terutama bagi ibu mengandung serta kalsium juga penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.

~ Omega -3(Omega Guard) ~
DHA adalah sangat penting dalam perkembangan otak, serta aspek-aspek lain perkembangan janin. DHA juga asid lemak utama yang ditemui dalam retina mata, serta organ-organ badan yang lain.

Bayi tidak mampu menghasilkan DHA mereka sendiri, mereka memperoleh DHA daripada susu ibu. Sebelum mereka dilahirkan, DHA didapati dari ibu melalui plasenta. Dengan itu, ibu akan mengalami kekurangan DHA.

Pakar mencadangkan supplement Omega 3 kepada ibu-ibu yang mengandung (dari trimester ke-2) dan ibu-ibu yang menyusu. Ini adalah untuk menambah DHA untuk perkembangan fetus dan untuk mengekalkan kuantiti DHA untuk diri ibu sendiri.

Jadik, secara ringkasnya, Set Mengandung Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:-

Vitalea
B Complex
Vitamin C
Ostematrik

Harga set di atas RM203 with postage.. Vitalea dan b complex adalah bg kegunaan 4 bln, vit c chewable 1 bln dan ostematrix 1-2 bln.

Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:

Vitalea
B-Complex
Vitamin C
Ostematrix
Omega Guard

Bagi set utk trimester ke-2 & ke-3, tambahan adalah omega guard.. Berharga rm109 utk kegunaan 3 bln.

Pilihan di tangan anda.. Pilihlah yg terbaik untuk anda dan bby..



 Edlin Zakaria
 Shaklee Independent Distributor
 ID No: 953268
+6019-2677100
 http://themagicgarden.blogspot.com
 facebook : The Best from Shaklee







Monday, 7 October 2013

Hot Selling ESP

Assalam & morning...

Personally sya mmg sgt suka klo nak cerita pasal ESP ni.. Sbb ni lah product yg saya try dalam byk2 range shaklee.. ESP ni unique bagi unique sbb kebaikannya terlalu banyak dan semua yang wanita ingin kan ade kat ESP ni.. Macam utk slim, ESP boleh, nak kulit sekata, mengatasi kulit kusam boleh, pudarkan parut jerawat boleh, awet muda boleh, sebagai breakfast dan minum ptg boleh, merendahkan kolestrol bole, bg ibu menyusu boleh, beri tenaga boleh, ..... Boleh...... Boleh.... Boleh... Dan byk2 lagi....

Jom kite kenal dlu pasal ESP ni nak tau napa lah dia ni best sgt!!

 Mengapakah ESP Shaklee ini istimewa?

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi "non-GMO" (non-genetically modified organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula setiap 850g (satu tin ESP) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

ESP dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. Ia turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur - tua dan muda. Manakala kandungna Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39 menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

 Tahukah anda?

Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolesterol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

 Manfaat ESP:

1. Awet Muda - Asid amino penting dalam membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.

Apa itu Asid Amino?
- Protin terdiri daripada lebih 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia.

- Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. ESP Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut.


2. Baik untuk hormon - Kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolesterol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.

3. Baik untuk prostat - Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

4. Kulit yang cantik - Merangsang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, mempercepat penyembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.

5. Pembekal tenaga - Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun-baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

6. Membaiki pigmentasi - Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

7. Membaiki memori - Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

 Mengapakah Protin Penting?

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormonn dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

****

Kerana itulah kalau anda perasan kebanyakan set yang kami tawarkan ada ESP. Ini adalah kerana ESP membantu penyerapan vitamin-vitamin lain secara optimum.

ESP adalah protin. Protin membina sel-sel baru dan menggantikan sel-sel lama. Sebab tu sesiapa yang mengamalkan ESP ini dalam tempoh kitaran 21 hari akan nampak perubahan di wajah (sel lama digantikan dengan sel baru), manakala sel badan akan digantikan dalam kitaran 90 hari.

Dan untuk pengetahuan, ESP merupakan antara produk yang TERLARIS di Shaklee.

Dan yg paling BEST nya ESP ni, harga dia pun AMAT BERPATUTAN.. hanya rm121 sahaja dan ianya tahan utk 2 bulan..

Cuberlah... Sya guarantee anda pasti jatuh cinta dengan ESP ni mcm sya dan mereka2 yg dah cuber..




 Edlin Zakaria
 Shaklee Independent Distributor
 ID No: 953268
+6019-2677100
 http://themagicgarden.blogspot.com
 facebook : The Best from Shaklee



Thursday, 3 October 2013

Healing Crisis - Tanda Badan Anda Bertindakbalas

 Apa itu Healing Crisis?

Healing Crisis ialah kesan yang dirasai oleh mereka yang mengambil supplement atau makanan tambahan. Ini berlaku bila tubuh badan kita yang banyak radikal bebas mula membebaskan toksin dan membina semula sel-sel tubuh hasil dari pengambilan pemakanan tambahan.

Menurut 'Hering's Law of Cure', Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya. Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.

Sebenarnya apa yang anda alami itu bukanlah kesan sampingan tetapi adalah proses penyembuhan yang baik untuk tubuh badan dan menandakan supplement yang anda makan itu menunjukkan tindakbalas yang baik. Anda boleh ibaratkan badan anda tu seperti tangkip yang berkarat. Bila kita bersihkan karat tu akan keluar karat2 tu semua dan akhirnya barulah keluar air yang bersih. Itulah ibaratnya badan kita ni. Badan kita akan keluarkan semua toksin2 yang bahaya. Bila toksin dah dikeluarkan mudahlah penyerapan vitamin yang kita makan.


 Macammana pula kita nak kurangkan kesan healing crisis tu?

Okaylah saya bagi contoh. Bila kita nak kurangkan karat dan kelodak dalam air tu, kita akan alirkan air yang banyak. Macam tu jugalah bila kita alami healing crisis. Kita perlu minum air yang banyak untuk memastikan healing crisis yang kita alami itu berkurangan. So, kalau anda alami healing crisis selepas mengamalkan vitamin Shaklee, amalkan minum air dengan kadar yang banyak sekurang-kurangnya 3L sehari. Insya allah, kesan yang anda alami itu akan berkurangan. Healing crisis bukan penanda anda tidak serasi tetapi adalah petanda yang bagus kerana tubuh badan anda bertindak balas dengan vitamin yang anda makan.

Anda juga boleh mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengurangkan kesan healing crisis kerana dapat membekalkan serat supaya toksin boleh dikeluarkan melalui najis.

Sekiranya ada baru mengamalkan vitamin ni boleh ambil dengan kuantiti yang sedikit bagi kurangkan healing crisis tu.

Proses penyembuhan berbeza bagi setiap orang. Ada yang 2-3 hari, berminggu dan ada juga berbulan-bulan.

Berikut adalah healing crisis dan penyebabnya:

 Keletihan, berasa mengantuk
Tubuh berasid, fungsi hati yang lemah, terlalu letih, memerlukan rehat yang lebih
 Sakit kepala, kepala terasa berat
Tekanan darah yang tinggi, tanda-tanda detoksifikasi
 Demam, demam sedikit, keresahan
Metabolisma meningkat, merangsang fungsi imun badan
 Cirit-birit, kerap membuang air besar, najis berwarna gelap dan berbau, air kencing berbau busuk
Tanda detoksifikasi, sisa-sisa toksin terkumpul di dalam kolon
 Kembung, perut bergas
Sistem penghadaman yang lemah
 Ruam, gatal kulit, peluh berbau busuk, rembesan mukus, kelemumur
Fungsi hati yang lemah, kesihatan kolon dan sistem penghapusan yang lemah
 Pengeluaran lendir seperti kahak, hidung berair
Fungsi paru-paru lemah, mengeluarkan kahak, tanda detoksifikasi
 Hidung berdarah
Mungkin tanda anemia (tidak cukup darah merah)
 Sakit di bahagian otot dan sendi
Tubuh berasid, toksin terkumpul di tempat yang sakit
 Merasa lebih sakit di bahagian yang terjejas
Proses penyembuhan semakin cepat
 Insomnia atau hiperaktif
Sistem Saraf yang lemah
 Haid tidak teratur, perubahan pada kitaran haid, gatal di punggung, semakin banyak mengeluarkan lendir
Ketidakseimbangan hormon, sedang memperbetulkan hormon
 Pendarahan ketika membuang air besar
Mungkin buasir
 Pening, lapar
Hipoglisemia (paras gula dalam darah yang lemah), anemia (tidak cukup darah merah)
 Loya, sembelit, sedu
Sistem penghadaman lemah, masalah hati
 Slight Edema (bengkak)
Masalah buah pinggang

Jadik, jgn takot ye.. Continue mkn dan sila konsult your SID sekiranya ada kemusykilan




Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
ID No: 953268
edlinz@yahoo.com
+6019-2677100
facebook : The Best from Shaklee

http://themagicgarden.blogspot.com



Wednesday, 2 October 2013

Collagen Shaklee utk Kulit Gebuss

Wahhh ni kite nak war war kan promo special utk October 2013 ni.. Apa kah? TADAAA.... collagen Shaklee..

Tapi sblm cite pasal collagen Shaklee ni, kite tgk dlu apakah ciri2 collagen yg BAGUS.. macam2 jenis collagen di pasaran, murah, mahal, semua ade... Kenapa? Mestil lah sbb kualiti product tersebut beda2.. Iya ngak sik?

Ciri2 Kolagen Yang Hebat

1. Lebih baik pilih dalam bentuk makanan (or cecair) berbanding yg kolagen yg disuntik. Ini utk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dlm tubuh badan...

2. Pilih size kolagen sekurang-kurangnya 1000 dalton dan ke bawah. Microfine size membantu penyerapan yang baik kerana size ini adalah paling optimum diserap oleh sel, maka setiap kolagen yang di ambil up to 100% diserap dan memberi efect lebih cepat.

3. Pastikan setiap pemilihan kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

4. Memastikan kolagen mempunyai antioksidaan yang tinggi untuk mengurangkan kesan pra-penuaan ...

5. Pastikan supplemen itu mempunyai elemen vitamin B-Complex untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri ...

6. Kolagen juga penting utk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamine utk kesihatan sendi. (bonus point)

7. Pastilkan setiap kolagen itu mempunyai bahan yang merangsang pembentukan asid hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

8.PASTIKAN IA SELAMAT DAN TAK BERTOKSIN

 Fakta menarik Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah selepas menggunakan selama 8 minggu (proven with clinical studies) 

* jom tengok testimoni customer2 shaklee yg bertambah cantik dgn shaklee ni ...

Untuk bulan October 2013 ni sahaja, harga collagen 2 box @ RM415 sahaja..

Cepat amik, cepat cantik



Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
ID No: 953268
edlinz@yahoo.com
+6019-2677100
facebook : The Best from Shaklee

http://themagicgarden.blogspot.com











Tuesday, 1 October 2013

Masalah Rambut Gugur

Sumber : PaMa

“Rambut saya banyak gugurlah lepas bersalin,” Zura mengadu kepada rakannya, Aini.

Masalah rambut gugur di kalangan wanita lepas bersalin bukan satu perkara aneh. Kata orang tua apabila anak mula pandai buat ‘buih', rambut si ibu akan banyak gugur. Mungkin itu sekadar mitos kerana terdapat faktor tertentu kenapa masalah kerap berlaku kepada ibu-ibu yang baru melahirkan bayi. Jika dulu rambut panjang mengurai dan mudah disikat tetapi kini menjadi semakin nipis dan kusut akibat rambut yang banyak gugur. Kenapa semuanya berlaku selepas melahirkan si kecil?

9 Perkara Perlu Mama Tahu :
1. Keguguran rambut selepas bersalin berlaku kepada hampir semua wanita. Ibu baharu bersalin boleh hilang antara 50-100 urat rambut setiap hari.
2. Anda harus faham, hormon (dalam darah) yang berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut.
3 .Walaupun rambut banyak gugur di awal kelahiran, anda tidak perlu panik kerana anda tidak akan menjadi botak. Sebaliknya ia akan kembali normal sebaik bayi menyambut ulang tahun pertama.
4. Biasanya, lebih kurang 85 ke 95 peratus rambut lima hingga 15 peratus berada dalam peringkat berehat.
5. Selepas peringkat berehat, rambut akan gugur. Biasanya ketika anda menyikat atau bersyampu rambut. Ia akan diganti dengan rambut baharu. Purata keguguran rambut bagi wanita adalah lebih kurang 100 helai sehari.
6. Ketika hamil, peningkatan tahap estrogen melambatkan peringkat pertumbuhan. Hanya sedikit sahaja rambut berada dalam keadaan berehat dan sedikit sahaja yang gugur setiap hari.
7. Selepas bersalin, tahap estrogen menurun dan semakin banyak folikel rambut masuk peringkat berehat. Ini bermakna lebih banyak rambut akan gugur ketika mandi atau bersikat.
8. Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti sebelum pra mengandung. Ini mengambil masa di antara 6 ke 12 bulan selepas bersalin.
9. Biasanya wanita yang berambut panjang lebih perasan masalah ini berlaku kepada mereka.

Apa mama perlu lakukan?

Mama tidak boleh menghentikan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain daripada vitamin pra natal anda.

Elakkan membuat rawatan rambut menggunakan bahan kimia seperti mengeriting, mewarna, melurus sehingga rambut kembali normal.

Penggunaan wig harus dihindarkan kerana ia membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.

Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius terutama jika terdapat gejala lain kerana ia mungkin petanda penyakit postpartum thyroiditis.

Makanan Mencegah Keguguran Rambut

Telur Dan Daging Ayam
Sebahagian besar rambut berasal daripada protein. Jadi, memakan ayam, telur, keju rendah lemak, almond dan yogurt semulajadi boleh menggalakkan pertumbuhan dan mencegah kerosakan atau keguguran rambut.

Gandum
Makan gandum secara teratur bukan sahaja boleh meningkatkan tenaga tetapi boleh mempertahankan warna dan mencegah rambut gugur. Buah kering dan kekacang Buah kering dan kekacang mengandungi zat besi, sulfur dan biotin. Mineral tersebut menjadi sumber vitamin E yang boleh meningkatkan peredaran darah pada kulit kepala dan inositol yang boleh mempertahankan kesihatan akar rambut sehingga mencegah keguguran.

Tauge
Sayuran ini mengandungi gizi yang penting untuk memelihara kesihatan rambut yang dikenali sebagai silika. Silika digunakan oleh tubuh untuk menyerap vitamin dan mineral serta membentuk sel-sel baharu yang membuatkan rambut kuat dan sihat.

Sayuran Hijau
Bayam dan brokoli memiliki kandungan vitamin A dan C. Vitamin ini diperlukan untuk menghasilkan sebum yang berfungsi sebagai pelembut semulajadi untuk melembap dan menguatkan akar rambut.

Buah-buahan Segar
Tembikai, pisang, epal, oren dan buah-buahan lain dapat memberikan tubuh kuantiti khasiat penting yang baik bagi mengurangkan keguguran rambut.

Makanan Laut
Kandungan zink pada makanan laut seperti kerang, udang dan tiram membantu mencegah rambut gugur dan menguatkan akar rambut. Ia turut membantu sel-sel tubuh menjaga hormon dalam penyerapan vitamin lebih baik untuk pertumbuhan rambut.

Salmon
Merupakan sumber protein, asid lemak penting omega-3, vitamin B12 dan zat besi yang diperlukan untuk memelihara kesihatan kepala, mengurangkan kekeringan pada rambut serta kulit kepala.

Kunyit dan jintan merupakan makanan rambut yang baik bagi merangsang pertumbuhan rambut lebih sihat.

Air Masak
Minum sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari kerana dapat membantu memberikan nutrisi yang diperlukan sehingga rambut tumbuh kuat dan sihat.


Kalau dirumuskan dari artikel di atas, tepatlah bahawa supplement yg boleh membantu utk mengawal keguguran rambut terdiri dari B Complex & Zinc Complex..

Harga pun sgt berpatutan, hanya RM80 bagi 4 bln termasuk pos.. hanya di The Magic Garden sahaja..



Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
ID No: 953268
edlinz@yahoo.com
+6019-2677100
facebook : The Best from Shaklee

http://themagicgarden.blogspot.com







Z for Zinc

Assalam readers

Tambahkan info kesihatan anda.. Arini kite sharing pasal ZINC. Jarang2 org bagi tumpuan kat zinc ni, walaupun ia sebenarnya amat penting.

Zinc adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zinc didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zinc untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zinc untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zinc juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.

Badan kita tidak menghasilkan zinc..jadi kita kena dapatkan zinc dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.

Golongan yg Memerlukan Zinc Complex

 Lelaki dan Wanita secara am nya
 Wanita Mengandung dan Menyusu
 Orang yang mempunyai pembedahan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan.
 Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zinc.
 Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zinc yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.
 Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zinc yang diserap badan


KEBAIKAN Zinc Complex

 Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.

 Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin

 Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%

 Ovulasi wanita - Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya

 Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat

 Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat

 Kelesuan kronik

 Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma

 Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel

 Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

 Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy

 Rabun malam






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my