Social Icons

Saturday 23 November 2013

Donut Balls

Resepi yang dirasakan paling simple utk dibuat dgn anak2 dara ku ptg semalam.. Awalnya nak buat Cake Pop, simple jugak n sesuai utk kids. Tapi tak bwk coklat dtg umah mak. Kek pun blm beli, apatah lagi nak buat.. Agak malas.. Next week insyaAllah k..So here we go.. Donut balls!! Sedikit kelainan, donut ni disalut dgn cinnamon sugar.. Konon cam pretzel la.. Ok jerr.. Boleh jerr.. Terpikir nak salut dgn choc n almond tp again choc tertinggal kat umah..

Ni repost from the original recipe.

Bahan-bahan untuk Donut Gebu Tradisional

1kg Tepung gandum
1 pkt Yis segera mauripan (11g)
2 cmb Susu pekat manis
1/2 cmt Garam
1/2 cwn Minyak masak
550g Air bertapis
Minyak masak untuk menggoreng tenggelam

Cara membuat Donut Gebu Tradisional

1- Larutkan garam, susu kedalam air. Gunakan air pada suhu bilik sahaja.

2-Gaulkan yis dan tepung gandum sehingga rata.

3-Masukkan minyak masak dan gaul ramas sehingga sebati. Kalau boleh sehingga tiada lagi butiran-butiran kasar. Lagi halus adunan, lagi menariklah donut yang terhasil.

4-Masukkan cecair sekaligus dan gaul dahulu menggunakan kelima-lima hujung jari sehingga tiada lagi air bertakung.

5-Kemudian barulah diuli sehingga menjadi doh yang sangat lembab dan melekit. Adunan akan melekat di tangan. Jangan risau, kaut adunan yang melekat ditangan menggunakan sudu.

6-Rehatkan adunan tanpa ditutup selama 15-20 minit. Tak perlu cuci tangan dulu.

7-Setelah direhatkan, uli semula 2 - 3 minit sehingga tiada lagi adunan yang melekat di tangan dan mangkuk adunan.

8-Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dengan berat 50g setiap satu. Boleh menghasilkan kira-kira 34 biji donut.

9-Bulatkan setiap adunan tadi menjadi bebola yang licin.

10-Leperkan sedikit bebola tadi lebih kurang setebal 1 - 1.5 cm dan tebuk lubang ditengahnya mengunakan penutup botol atau alat yang sesuai. Trim sedikit bentuknya supaya bentuknya bulat dan tidak bersegi (utk donut yg shape original tu)

11-Biarkan donut mengembang di tempat yang tertutup supaya adunan tidak kering lebih kurang 1/2 - 1 jam. Tidak perlu terlalu lama kerana ia akan mengembang lagi apabila digoreng.

12-Goreng didalam minyak yang banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan

13-Tuskan sebelum digaulkan dalam gula castor atau dihias sesuka hati anda sebelum dihidang

Tip Masakan Komersial

*Penggunaan air bergantung kepada jenis tepung.

*Lebih baik menguli menggunakan tangan berbanding mesin kerana, mesin menjadikan adunan lebih padat dan berat malah donut akan menjadi liat kerana kita menggunakan tepung pelbagai guna sahaja.

*Tak perlu melarutkan yis dalam air suam terlebih dahulu. Apabila yis segera digunakan, proses membiakkan yis hanya membuang masa sahaja.

*Proses mengembangkan donut lebih cepat untuk cuaca di negara kita. Kalau di rumah saya, setengah jam dah cukup. Jika donut terlebih kembang, rongga udara didalam donut terlalu besar. Kita juga sukar memegang donut untuk digoreng kerana teksturnya tidak kukuh, bentuknya juga tidak cantik (sbb tu sya buat yg balls, tak banyak ragam). Jika kurang kembang pula, donut menjadi berat dan mampat.

*Kita boleh menyimpan donut dalam peti sejuk beku dalam jangkamasa yang lama. Hanya perlu menngoreng donut ini sebentar sahaja untuk mematikan yis dan menetapkan bentuknya. Simpan dalam bekas kedap udara atau plastik dengan seal. Selepas dibekukan, perlu defrost dahulu sebelum digoreng.

*Untuk simpanan dalam jangka pendek, hanya perlu disimpan dalam bekas bertutup. Donut akan kekal gebu untuk 24 jam.

P/s - fav sya mmg donut tradisional.. Klo yg comel camni, skali mkn 5-6 bj.. Klo Big Apple sume tu agak kureng sikit..











No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my