Social Icons

Sunday 29 September 2013

Atasi Penat Lesu & Tak Bertenaga

Sapa di antara kite ni yang mudah rase penat.. Pulak tu, bukan penat yg main2, penat yg lesu betul lar.. Klo balik keje tu, mmg rase dah xlarat nak buat keje... Nak layan anak pun asyik nk marah2.. Biasa lah, kite manusia biasa kann. Bile time penat mmg kite tend to lps kan perasaan marah terutamanya kepada anak2 yg tanya itu ini, mintak itu ini, buat homework pun main2, main2 pun bergaduh..

Hehehee.. Sabar.. Sabar.. Sya tau macamane perasaan ituu.. Sbb sya pernah mengalami nya. Bgn keje kul 5am, travelling sban- kl- sban.. Balik ngn anak2... Phewww... Sepatutnya sia masa dlm 2 jam tulah yg kite gunakan utk quality time dgn family kan.. Abis nak buat camne yer? Macamane nak atasi masalah lesu ni?

Jom kite tgk dlu punca nye..

 Tidak cukup tidur – setiap malam tidur yang disarankan ialah 7-8 jam. Jadikan tidur sebagai prioriti untuk mengembalikan tenaga anda. Tapi, sekiranya kite xpunya masa byk tu utk tido, cuba dpt tido yg lebih lena.. Macamane? Try minum susu suam sblm tido.

 Tidak cukup tenaga - Makan terlalu sedikit, diet yang keterlaluan juga akan menyebabkan anda lemah. Diet yang seimbang membantu anda untuk mengekalkan tenaga dan juga paras glukosa dalam darah. Apabila paras glukosa dalam darah menjadi rendah, anda akan menjadi lemah dan boleh menyebabkan pitam.

 Tidak Ambil Sarapan Pagi - Mesti, mesti dan mesti sarapan pagi! Ambil sarapan yang simple seperti beberapa keping roti atau telur separuh masak. Supaya tenaga anda dapat dibekalkan di waktu pagi. Waktu pagilah anda memerlukan tenaga yang berterusan untuk melakukan kerja. Untuk fokus pun anda memerlukan tenaga juga.

 Kurang darah merah (anemia) - Dikalangan perempuan anemia merupakan penyebab utama mereka sering berasa lemah. Ini kerana mereka akan kehilangan darah ketika datang haid. Biasanya tahap besi (iron) dalam darah akan berkurang dan meletakkan mereka dalam keadaan berisiko. Sel darah merah sangat penting untuk membawa oksigen keseluruh organ. Lemah, sesak nafas, sering berdebar-debar, adalah simptom anemia. Pergi berjumpa doktor sekiranya anda mempunyai simptom-simptom tersebut. Sekiranya disebabkan kurang besi dalam darah, dapatkan iron supplement atau makan-makanan yang mempunyai kandungan iron yang tinggi seperti daging merah, dan juga kekacang

 Tekanan Emosi - Setiap orang pernah mengalami tekanan. Tekanan emosi anda mungkin melihat sekadar memberi kesan kepada emosi sahaja, tetapi ia juga memberi kesan kepada fizikal juga. Lemah, sakit kepala, hilang selera makan adalah simptom yang sering berlaku akibat tekanan emosi

 Terlalu banyak kafein - Kafein membantu anda segar, dan meningkatkan kadar konsentrasi apabila anda mengambil dos yang tidak keterlaluan. Terlalu banyak kafein di dalam kopi akan menyebabkan kadar degupan jantung bertambah, tekanan darah meningkat dan ada kajian mengatakan terlalu banyak kafein akan menyebabkan anda menjadi lemah. Secara perlahan-lahan turunkan kadar ketagihan anda terhadap kopi. Penurunan secara mendadak menyebabkan anda kembali ketagih dah menyebabkan anda bertambah lemah.

 Dehidrasi - Mudah lemah mungkin disebabkan anda kurang minum air. Sama ada anda melakukan senaman ataupun bekerja di atas meja, badan anda sangatlah memerlukan air. Apabila anda dahaga, itu bermakna anda dehidrasi.

Untuk mengatasi badan yang cepat letih, lesu dan tak bermaya ini caranya ialah dengan mengambil pemakanan yang sihat setiap hari dan bersenam. Tapi dgn gaya hidup yang sibuk, agak menyukarkan 2 perkara ini dilakukan dengan konsisten setiap hari.. Sbg alternatif, pengambilan supplement spt di bawah ialah pilihan yang paling tepat utk mengembalikan kualiti pada kehidupan kite

 Vitamin C.
 Vitamin B Complex
 Vitalea (Multivitamin terbaik dengan zat besi)

Siapa Yang Sesuai Mengambil Set Ini?

 Sesuai untuk semua lelaki dan wanita yang mementingkan kesihatan menyeluruh (termasuk ibu mengandung, ibu menyusu, warga tua, dan pelajar)
 Sesuai untuk individu yang cepat letih, lesu dan tidak bermaya
 Sesuai untuk individu yang kerap demam dan mudah dijangkiti penyakit
 Sesuai untuk individu yang stress dan mudah mengantuk
 Sesuai untuk pelajar bagi meningkatkan fokus dan mengelakkan mengantuk serta mudah letih - dicadangkan tambahan omega utk tingkatkan memori
 Sangat sesuai untuk individu yang sangat sibuk dan mengamalkan pemakanan yang tidak seimbang
 Sesuai untuk ibu mengandung yang hemoglobinnya rendah, kerana Vitalea mengandungi zat besi yang penting dalam pembentukkan sel darah merah





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my