sumber : hanamemories.blogspot.com
Bahan-bahan
7-8 keping roti ( roti lebihan buat aiskrim goreng)
* 500 ml susu segar @ 2 cawan
* 3 sudu besar gula halus
* 2 biji telur
* 1 sudu teh esen vanilla
* 1 sudu kecil serbuk cinnamon
2 sudu besar butter - cairkan
1 tin peach
Untuk Sos Kastard
1 tin susu cair
200 ml non dairy krim
1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
2 sudu besar tepung kastad putih
2 sudu besar gula
Caranya
1) Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
2) Masukkan separuh peach dan juga butter .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.
3) Taburkan baki peach diatas adunan.
4) Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit (try 175 c for 45 min) atau sehingga masak smp adunan jd coklat kekuningan.
Untuk membuat kuah@sos -
1) Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau atas api kecil hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2) - kaco pakai whisker.
2)Tuang ke atas puding roti tadi.
Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.
Edlin Zakaria
Shaklee Independent Distributor
ID No: 953268
edlinz@yahoo.com
+6019-2677100
facebook : The Best from Shaklee
http://themagicgarden.blogspot.com
No comments:
Post a Comment