Social Icons

Friday, 10 July 2015

Resepi ayam masak merah

Tried and tested

Antara resepi ayam masak merah yg akan diulang masak kerana kesedapan nya.. Mcm biasa resepi ni sya c&p jek. Tapi x ingat sumber sbb sblm ni save dlm note.

Lets...

Ayam masak merah

1 ekor ayam (dipotong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
5 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) ditumbuk
1 in. halia )
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam maggie
1/2 cawan susu cair (ed* sya letak sikit jek, dan sbnrnya bg selera sya klo x letak susu lagi sedap rase nye)
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis


Bahan Lain:-
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4/6)
1 bij bawang besar (dipotong bulat)
sedikit daun bawang


Cara-Cara:-
Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.


Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.


Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.

Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.

Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.


Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.


Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my