Social Icons

Sunday, 7 September 2014

Assam Laksa Pojaan Hati (Resepi)

Dah seminggu kepingin ngn assam laksa ni.. Semua nya sebab Paklang Kopitiam (di Port Dickson). Wallaaaa sgt assam laksa nya.. Mmg memenuhi selera saya.. Dah lepas balik tu, terus gugle carik resepi assam laksa.


After review few resepi yg nampak cam sedap jek.. Saya decide utk try combination resepi dr rasamalaysia.com dan blog.seasonwithspice.com. Antara beza resepi2 assam laksa adalah rencah nya di goreng terlebih dahulu, campuran rencah ade bahan tambahan kunyit hidup dan lengkuas.. 

Lepas gode2 resepi 2 blog ni, ni saya berikan resepi saya utk yg nak cuba.. Sedap dah bagi saya, cume lebih power kalau ade petis.. Ok takpe, nnt lps ni carik petis..


Air rebusan ikan 
* 12 gelas air dididihkan 
* 1 kg ikan kembung yg dah dibasuh bersih 
* 7 keping asam keping
* 3 tangkai daun kesum
* segenggam besar asam jawa (sebesar bola golf)
* 2 kuntum bunga kantan


Bahan paste ( rencah) 
* 18 biji cili kering yg direbus terdahulu
* 8 biji cili merah
* 12 biji bawang merah
* 2 cm kunyit hidup
* 4 cm lengkuas
* 2 btg serai - bahagian putih sahaja
* 1/2 keping belacan
<< semua bahan diblend halus>>


Bahan2 hiasan
* timun  dipotong panjang2
* bawang besar dibelah 4 dan diracik
* nenas potong panjang2
* asam limau 
* cili merah / cili api
* petis

Cara2 nya
1- didihkan air. 
2- masuk ikan dalam air yg mendidihkan dan biarkan 10 minit
3- keluarkan ikan diasingkan isi dan tulangnya
4- masukkan asam keping dlm air rebusan tadi
5- masukkan daun kesum
--------------
6- panaskan minyak dan tumis bahan rencah dlm 8 minit sehingga naik bau
7- masukkan bahan rencah yg dah digoreng dlm air rebusan
--------------
8- masukkan isi ikan yg telah diasing dr tulang (tak perlu di blend)
9- blend tulang ikan sebanyak 2 kali
10- masukkan air asam jawa ( ulang tambah air 3 kali)
11- tambah garam dan adjust ikut citarasa masing2

* saya pernah terbaca, isi nenas diblend dan air nya dimasukkan dlm kuah tadi.. In syaa Allah klo rajin next time nak tambah air nenas.. 

Tu saja.. Senang jek kan.. Yg leceh nya part nak asingkan isi ikan dgn tulang jek.. Klo takde si kecik Aydean kacau, boleh jek sejam siap.. Hehehh


Audy pun suka.. Husband nya komen, klo de petis lagi sedap.. Hhihhuuhhu.. Ade saja kao ni kannn.. 😜

Pic ni kat Paklang Kopitiam dgn geng2 rombongan cik kiah.. 😘😘





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my