Social Icons

Featured Posts

Promosi Bulan November - Vivix

Beli 6 percuma 1 dan nikmati rebate segera lebih dari RM200 dan penjimatan hampir RM400.

Tempoh 9 Bulan Yang Menyeronokkan.

Kenapa perlu tersiksa jika boleh bergembira. 9 bulan mengandungkan amanah Allah adalah pengalaman yang sepatutnya mudah dan mengembirakan. Ketahui caranya di di entri ini

Kenapa Saya Pilih Shaklee?

Dalam banyak-banyak produk kesihatan dan peluang perniagaan, hati saya tetap memilih Shaklee.

Tuesday, 9 February 2016

Amalan utk anak

CP dr wa utk rujukan bersama 

Utk para ibu2 tersyg...

Sama2 kite amalkan tips / amalan utk anak2 syurga... Semoga dengan berkat didikan dan doa ibu bapa, anak2 kelak menjadi anak2 yg soleh / solehah.. 

1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

2. Pandang wajahnya semasa dia tidur ucapkan bahawa, ibu nak (nama anak) jadi anak yang soleh sayang!. Cubalah amalkan ( ustaz kata ini makna kita bercakap dengan rohnya ) Dan ucapan ini adalah DOA Dan Allah Maha mendengar lagi maha melihat.

3. Masa bangun solat malam, solatlah hajat disisinya. Maksudnya Kita solat dalam bilik dia Dan dekat dengan dia. Jika Kita selalu buat Dan Kita juga selalu beritahu dia yang Kita sering doakan dia, dia akan rasa satu ikatan kasih sayang yang hakiki yang Kita amat sayangkan dia dan nak dia jadi anak soleh.Dia akan tahu Kita selalu solat hajat untuknya.

4. Minta dikasihani. Ucapkan setiap masa bahawa kita ni sedang menunggu panggilan Allah. Jika Dia tak jadi anak soleh bermakna dia tak sayangkan kita dan tentunya kita akan merana di Alam Barzah nanti.

5. Peluklah anak selalu walaupun dia sudah besar, sebagaimana Kita tatang dia masa kecilnya. Aura ciuman dan belaian ibu sambil bisikkan padanya yang kita bangga mempunyai anak sepertinya.

6. Maafkan anak Kita setiap masa walaupun perbuatannya amat melukakan hati Kita.Muhasabbah diri mungkin kesilapan yang anak lakukan itu adalah kerana dosa-dosa kita dimasa lampau.

7. Yang paling penting jaga tutur kata Kita, jangan sekali-kali ucapkan perkataan yang boleh melukakan hatinya. Jika ini berlaku juga kerana kita TER.. kata, cepat-cepat cari masa yang sesuai untuk Kita minta maaf padanya. Mengakulah padanya itu kelemahan Kita, Kita marah kerana dia buat salah,bukan bermaksud membenci.Ceritalah buat macam dramapun boleh .

8. Amalkan membaca ayat 40 surah Ibrahim supaya Kita,anak Dan zuriat keturunan Kita termasuk dalam golongan orang2 yang tetap mendirikan Solat. [Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.]

9. Selalu ingatkan anak bahawa tak guna ada pangkat, belajar tinggi, hatta hafal Quran sekalipun jika tidak mempunyai peribadi yang mulia.Allah tak pandang wajah yang cantik tapi pandang hati yang cantik. Allah tak sayang, manusia tak suka.

10. Masa basuh beras niatkan "Ya.. Allah lembutkanlah hati anak-anak ku sebut nama dia.....untuk faham agamanya ", [kenapa Kita nak dia faham agama, kerana anak yang tak faham agama boleh bawa ibubapanya juga ke neraka] sebagaimana engkau lembutkan beras ini menjadi nasi ". Basuh beras lawan jam ( macam org tawaf ) sambil selawat kepada Nabi Muhamad S.A.W. Masa buat kerja ini hati jangan lalai..dan ingat kepada Allah selalu.







Friday, 10 July 2015

Resepi ayam masak merah

Tried and tested

Antara resepi ayam masak merah yg akan diulang masak kerana kesedapan nya.. Mcm biasa resepi ni sya c&p jek. Tapi x ingat sumber sbb sblm ni save dlm note.

Lets...

Ayam masak merah

1 ekor ayam (dipotong 12)
1 sudu makan serbuk kunyit + garam secukupnya (untuk goreng ayam)
5 biji bawang merah )
3 biji bawang putih ) ditumbuk
1 in. halia )
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih)
2 sudu makan cili kering kisar
3 sudu makan tomato puree
1/2 cawan sos tomato
1/2 cawan sos cili
1 sudu makan sos tiram
1/2 kiub pati ayam maggie
1/2 cawan susu cair (ed* sya letak sikit jek, dan sbnrnya bg selera sya klo x letak susu lagi sedap rase nye)
garam dan gula secukup rasa
serbuk perasa (optional)
sedikit minyak untuk menumis


Bahan Lain:-
1 tin kecil kacang peas
2 biji tomato (belah 4/6)
1 bij bawang besar (dipotong bulat)
sedikit daun bawang


Cara-Cara:-
Panaskan kuali untuk menggoreng ayam dan goreng hingga ayam setengah masak. Angkat dan ketepikan.


Keluarkan minyak dalam kuali dan tinggalkan lebihkurang 1/3 cawan, tumis bahan tumbuk/kisar dan cili kering tadi dan masukkan rempah tumis.


Masukkan tomato puree, sos tomato, sos cili, dan sos tiram. Kacau gaul hingga naik bau.

Masukkan susu cair, garam, gula, serbuk pati ayam dan serbuk perasa. Biarkan sebentar.

Masukkan ayam, balik-balikkan hingga ayam bersalut sebati dengan bahan. Biar mesra sekejap.


Masukan bawang besar, tomato dan daun bawang.


Akhir sekali baru masukkan kacang peas, tutup api dan hidangkan dengan nasi minyak hujan panas atau nasi tomato/beriani.


Resepi choc chip cookies

Utk tujuan mengabadi kan resepi cookies yg sedap ni..

Copy paste saje dr azie kitchen, kecuali ade sedikit yg di adjust mengikut kesesuaian

**************

Biskut Famous Amos

Bahan A
1/4 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang ( ed* mampat)
1/2 cawan mentega (~+75 gm)
1/2 cawan minyak jagung ( ed* utk 2 adunan saya kurangkan minyak kepada 3/4 cawan)
1 biji telur gred B (ed* guna telur gred A)
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar @ susu tepung
1/2 sk vanilla extract

Bahan B
2 cawan tepung gandum (di ayak)
1 sb serbuk koko (di ayak)
1 sb tepung jagung (di ayak)
1/2 sk cream of tartar Nona (boleh ganti dg 1/2 sk cuka/ jus lemon)
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 cawan walnut cincang/almond nib (blh ganti biji bunga matahari)
1 cawan semi sweet chocolate chips

Cara cara:
Satukan kesemua bahan A ke dalam mangkuk besar. Satukan sehingga sebati dengan menggunakan whisk. (Ed* tak perlu whisk lama, sekejap jek)


Ayakkan tepung gandum bersama serbuk koko, tepung jagung, soda bikarbanat dan serbuk cream of tartar. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi. Kacau dengan menggunakan spatula. Lepas tu, masukkan walnut dan chocolate chips. 

ed * susun adunan sedikit rapat2 , dengan cubit2 dan bentuk kecik2 tinggi.

Loyang tak perlu dilenser mentega pun.

Ed* simpan aduan yg dah benbentuk dan aduan yg belum berbentuk dlm freezer selama 10 minit.

Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160C selama 15-20 minit. Saya bakar selama 20 minit. ( ed* tak tau berapa suhu yg digunakan sbb oven yg digunakan dah temperature yg abis luput. Agak2 chk dlm over bila dh 20 minit.. Klo color dan cantik, angkat trs.. Klo blum trs kan membakar. Cookies  ni x sensitif sgt, bole bukak2 oven semasa membakar)  Angkat dan sejukkan di atas jaring.


Nota:
1) Resepi asal guna 1 cawan gula kaster dan 1 cawan gula perang. Jika tak suka manis, boleh guna 3/4 cawan gula halus + 3/4 cawan gula perang sahaja (untuk adunan penuh yang menghasilkan 100 biji)

2) Tips utk dpt kan cookies yang tak terlalu rapuh - tambahkan tepung jagung ikut kesesuaian keras adunan 

3) Untuk cookies yang bentuknya cantik dan tidak leper/merebak - selepas siap mengadun masukkan dalam fridge 30 minit, selepas tu boleh disudukan ke dalam dulang pembakar atau guna tangan, juga in between membakar simpan adunan dalam fridge supaya adunan tidak cair.

Guna suhu tu ntah berapa..

Beli oven temperature tp xdpt temp yg sebenar.. Ke tak reti nak guna.. Ngeh ngehhh 

Bukak jek balang trs berbau harummmm

Dah sekian.. 

Berbanyak2 terima kasih kepada kak azie  atas resepi cookies ni.. Pencarian ku dah berakhir di sini. 


Wednesday, 15 October 2014

Maksud Birthday


~ JUST FOR FUN~ 
 
Tadi saya dpt message berkenaan dgn personaliti diri based on birthdaye kite. Apa lagi,  laju jek saya carik bday sendiri.. Ok jumpa!! Saya category merpati.. Jomm tgk apa dia kata pasal saya.. Saya siap tanda lagi mana yg saya rase kena dgn diri saya dan mana yg tidak :-

Merpati: 

Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang ✅ yelah kot.. Kalo marah pun, saya lebih banyak diri dari mengamuk tak tentu pasal.

Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya ✅ kebanyakan nye  yelah tu.. Cuma saya hanya buat apa yg saya suka.. Cth, saya masak bila ade mood, jadik saya enjoy lar.. Klo xde mood saya x buat.. Jadik statement ni agak subjective sebenarnya.

Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. ❓saya xbole judge diri saya sendiri.. Sapa yg kenal saya saja yg boleh evaluate betul atau x dengan statement ni

Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana ❌ iskkk2.. Iye ker?? pujuk memujuk bukan lagi bidang saya.. Mungkin dlu yer, tp skill tu dah hilang.. Heheh.. Jd kalo nak merajuk dgn saya, mintak maaf awal2 yer, saya tak pandai nak pujuk..

Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi ✅✅ sume org rase nye mmg x suka dgn sifat hipokrit..

Bagaimana dgn anda pula? Ni full version nyer.. Baca hanya sekadar suka2 yer.. Jgn percaya.. Mana yg kena tu mungkin kebetulan dan mungkin statement tu lebih general.. 



Januari 01-09 ~ hamster      
Januari 10-24 ~ Tikus         
Januari 25-31 ~ Singa         
Februari 01-05 ~ Kucing      
Februari 06-14 ~ Merpati   
Februari   15-21 ~ Kura-kura          
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang      Mac 01-12 ~ hamster         
Mac 13-15 ~ Singa          
Mac 16-23 ~ Tikus          
Mac 24-31 ~ Kucing
April 01-03 ~ jerung          
April 04-14 ~ Harimau Bintang          
April 15-26 ~ Tikus          
April 27-30 ~ Kura-kura     
Mei 01-13 ~ jerung          
Mei 14-21 ~ Merpati          
Mei 22-31 ~ Singa          
Jun 01-03 ~ Tikus          
Jun 04-14 ~ Kura-kura       
Jun 15-20 ~ jerung          
Jun 21-24 ~ hamster         
Jun 25-30 ~ Kucing          
Jul 01-09 ~ Tikus          
Julai 10-15 ~ jerung          
Julai 16-26 ~ Merpati         
Julai 27-31 ~ Kucing          
Ogas 01-15 ~ hamster       
Ogos 16-25 ~ Tikus          
Ogos 26-31 ~ Kura-kura
September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ jerung
Oktober 01-15 ~ hamster
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang          November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing
Disember 01-16 ~ jerung
Disember 17-25 ~ hamster
Disember 26-31 ~ Merpati "
»»» maksud/erti :     
  
# jerung: Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai.Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen.
       
# Tikus: Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begiitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. 
    
# Singa: Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar          melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi.
     
# Kucing: Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan,kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya.
         
# Kura-kura: Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati.Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman.
       
# Merpati: Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi.
    
# Harimau Bintang: Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm......kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung dibawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi,apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara -kamu. 
 
# hamster: Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu' suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi..

Itu sajaer... Sekian :)

Edlin Zakaria
Shaklee ID
019-2677100


Tuesday, 14 October 2014

AMALAN SUNNAH RASULULLAH

Saya dpt ni melalui watsapp dr salah satu group.. Supaya ilmu ini terus meresap dan tidak dilupakan dan agar dpt memberi lebih manfaat kepada yg lain, saya share kat dlm blog ini..


55 AMALAN SUNNAH RASULULLAH

1. PANDANGAN MATA
Pandangan mata adalah anak panah iblis. Lihat bukan muhrim sekali saja. Lihat kali kedua akan hilang nikmat ibadah 40 hari. Tiada kusyuk.

2 MAKAN GARAM
Celup jari kelingking dalam garam, menghisapnya sebelum dan selepas makan. Garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir.

3. MINUM TANGAN KANAN
Sentiasa minum memegang gelas dengan tangan kanan. Iblis minum dengan tangan kiri.

4. SESAAT DI JALAN ALLAH
Sesaat berdiri di jalan Allah lebih baik dari solat di depan hajarul aswad pada malam Qadar walaupun hanya sekadar "hai kawan ayuhlah kita solat"

5. LANGKAH KANAN
Masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri. Masuk rumah kaki kanan, keluar rumah kaki kiri. Masuk tandas kaki kiri, keluar kaki kanan.

6. MAKAN TIGA JARI
Nabi s.a.w makan kurma dengan 3 jari iatu jari ibu, telunjuk dan hantu. Kita makan nasi kalau susah bolehlah dengan 3 suapan pertama ikut sunnah.

7. JAMINAN ALLAH
3 orang mendapat jaminan Allah iaitu orang yang memberi salam sebelum masuk rumah, orang yang keluar ke masjid dan orang yang keluar ke jalan Allah.

8. GUNTING BULU
Apabila lelaki dan perempuan tidak menggunting, mengemas bulu kemaluan dan ketiak selama 40 hari, maka iblis akan bersarang dan berbuai di situ.

9. JANGAN BERSIUL
Jangan bersiul kerana sewaktu mula-mula dibuang ke dunia, iblis mengembara sambil bersiul-siul dan orang yang bersiul itu adalah penghibur iblis.

10. CARA POTONG KUKU TANGAN
Mula dari jari telunjuk yang kanan terus ke kanan sampai kelingking kanan, disambung dari kelingking kiri ke ibu jari kiri hingga ibu jari kanan.

11. CARA POTONG KUKU KAKI
Mula dari kelingking kanan ke sebelah kiri sampai kelingking sebelah kiri.

12. PANJANG LENGAN BAJU
Panjang lengan baju Rasulullah SAW adalah hanya sampai pergelangan tangan sahaja.

13. PAKAIAN KESUKAAN
Pakaian kesukaan Rasulullah SAW adalah gamis iaitu baju labuh atau kurta.

14. BERSIWAK
Jika didahului dengan bersiwak (bersugi), satu kali anda bertasbih maka Allah hitung 70 kali bertasbih. Jika bersolat akan dihitung 70 kali solat.

15. DOA DALAM SUJUD
Saat yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah ketika bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya.

16. ADAB DI TANDAS
Masuk tandas kaki kiri, pakai alas kaki dan tutup kepala.

17. ADAB MAKAN
Hendaknya menghindarkan diri dari kenyang yang melampaui batas. Sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.

18. TIGA JENIS ORANG
3 jenis orang yang tidak akan dipandang oleh Allah SWT pada hari kiamat iaitu orang tua penzina, Raja yang berdusta, orang miskin yang sombong.

19. PAKAI MINYAK WANGI
Memakai minyak wangi adalah Sunnah maka pakailah terutama ketika hendak bersolat, ke masjid atau ke mana sahaja.

20. AMBIL WUDUK SEBELUM TIDUR
Gosok gigi dan ambil wuduk sebelum tidur malam kerana menjadi amalan yang sangat dirahmati dan menghindar gangguan iblis dan syaitan.

21. CINCIN PERAK
Pakai cincin perak di kelingking kanan atau kiri. Akan mendapat pahala Sunnah berterusan selama memakainya.

22. SOLAT FARDHU DI MASJID
Nabi SAW tidak pernah solat fardhu di rumah. Setiap langkah kanan ke masjid akan diangkat satu darjat dan langkah kiri akan dihapus satu dosa.

23. PAKAI CELAK
Gunakan celak ismid (dari galian) kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu mata. Setiap malam dicalit tiga kali pada mata kanan dan kiri.

24. PANJANG PAKAIAN
Panjang pakaian , jubah atau seluar seorang muslim adalah antara setengah betis dan tidak melebihi buku lali .

25. SOLAT FARDHU BERJEMAAH
Solat fardhu berjemaah di masjid dibayar 27 kali lipat dari solat sendirian di rumah. Jika anda waras dan sempurna akal, di manakah anda akan solat?

26. MENGUAP
Menguap adalah dari syaitan. Bila rasa hendak menguap, tahanlah atau tutuplah mulut dengan belakang tangan kerana syaitan akan masuk melalui mulut.

27. MENYIMPAN JANGGUT
Memotong misai dan menyimpan janggut. Lebih afdal dengan jambang sekali. Diberi pahala amal berterusan selama menyimpannya.

28. JANGAN MENGHADAP KIBLAT KETIKA BUANG AIR
Jangan menghadap / membelakang Kiblat ketika buang air kecil / besar. Dibolehkan bila dalam bangunan, itupun kalau terpaksa.

29. WARNA PAKAIAN RASULULLAH
Disunatkan memakai pakaian berwarna putih kerana Rasulullah SAW menyukai pakaian berwarna putih.

30. POSISI TIDUR
Posisi tidur yang dianjurkan ialah mengereng di atas rusuk kanan, muka dan badan mengadap kiblat dan tapak tangan kanan di bawah pipi.

31. MINUM LEPAS MAKAN
Lepas makan nasi jangan terus minum. Tunggu sebentar anggaran selama berjalan 40 langkah barulah minum.

32. TIDUR SEBELUM ZOHOR
Tidur sebentar sebelum Zohor kerana ianya membantu ibadah di malam hari dan bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zohor.

33. BERDIRI HORMAT
Rasulullah SAW membenci perbuatan orang bangun dari tempat duduk dan berdiri memberi hormat apabila baginda lalu atau masuk ke suatu majlis.

34. PAKAIAN BERWARNA
Dilarang memakai pakaian warna kuning kemerahan seperti yang dipakai oleh sami Hindu / Buddha khususnya bagi lelaki.

35. MAKAN DENGAN ORANG MISKIN
Rasulullah SAW suka memberi makan atau makan bersama orang miskin. Jika kita makan bersama orang miskin, hendaklah kita mendahulukan mereka.

36. MENU RASULULLAH
Rasulullah SAW membuka menu sarapannya dengan segelas air sejuk yang dicampur dengan sesendok madu asli.

37. PEMBERIAN YANG TIDAK BOLEH DITOLAK
Ada 3 pemberian yang tidak boleh ditolak iaitu bantal, minyak wangi dan susu.

38. KETAWA RASULULLAH
Ketawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.

39. MINUMAN RASULULLAH
Minuman yang paling disukai oleh Rasulullah SAW adalah minuman yang manis dan dingin.

40. HISAP AIR DALAM HIDUNG
Ketika membersihkan diri setelah bangun tidur jangan lupa menghisap air ke dalam hidung 3x kerana syaitan bermalam dalam lubang hidung.

41. BERI MAKAN ANAK YATIM
Nabi SAW suka memberi makan anak yatim. Sesiapa yang duduk makan bersama anak yatim dalam satu bekas, syaitan tidak akan menghampiri bekas tersebut.

42. LARANGAN PAKAI CINCIN
Dilarang memakai cincin di jari telunjuk dan jari tengah.

43. BANGUN TIDUR
Nabi SAW bangun tidur lalu duduk seraya mengusap muka dengan telapak tangan agar hilang ngantuknya dan membaca doa bangun tidur.

44. KONGSI MAKANAN
Jangan kedekut berkongsi makanan. Nabi SAW suka makan makanan yang banyak tangan memakannya.

45. 4 RAKAAT SEBELUM ZOHOR
Solat 4 rakaat setelah gelincir matahari sebelum zohor. Saat itu pintu langit dibuka untuk menerima amal soleh dan tertutup ketika solat zohor.

46. ISTIGHFAR
Nabi SAW beristighfar kepada Allah mohon keampunan dosa dan bertaubat setiap hari lebih dari 70 kali.

47. JANGAN MENCACI MAKANAN
Jangan mencaci makanan. Jika suka, makanlah , jika tidak suka biarkan sahaja.

48. APABILA BERTAMU
Apabila bertamu, jangan berdiri memberi salam di depan muka pintu tetapi dari sisi agar terpelihara pandangan dari melihat terus ke dalam rumah.

49. JAWAB SALAM DALAM TANDAS
Tidak diperkenan menjawab salam ketika di dalam tandas kerana ada lafaz Allah dalam kalimah jawab salam. Cukup dengan berdehem atau isyarat suara.

50. MAKANAN PANAS
Rasulullah SAW melarang meniup makanan panas. Hendaklah biarkan sejuk sedikit hingga mudah untuk dimakan.

51. GILIRAN MINUM
Jika berkongsi minum dalam satu bekas atau botol, hendaklah memberi giliran minum yang berikut kepada orang yang di sebelah kanan.

52. 3 AMAL
Nabi SAW menasihati jangan meninggalkan 3 amal iaitu puasa 3 hari sebulan (afdal 13,14,15 hb Hijrah), solat Dhuha dan solat sunat Witir.

53. JANGAN TIDUR MENIARAP
Jangan tidur meniarap kerana ia adalah posisi tidur ahli neraka dan yang dibenci Allah.

54. CARA PEGANG MISWAK
Miswak dipegang dalam keadaan jari kelingking dan ibu jari di bawah miswak dan jari lain di bahagian atas.

55. DUA RAKAAT SEBELUM SUBUH
Dua rakaat sunat sebelum solat fardhu Subuh itu adalah lebih baik dari dunia dan segala isinya....

Sebarkan...spya lbh ramai lg yg mengamalkn sunnah...jom amal sunnah nabi!!


Friday, 10 October 2014

Life at ILIKE

Lagi 1 wk Audy akan celebrate 6th years birthday.. Rase sekejap jek Audy dah besar. Very soon akan masuk darjah 1 pulak. Dah takleh main2 sgt dah yer, x sama sekolah rendah dgn kindy.. Kat ILike ni boleh la teacher nak manja2 kan. 

Ok sebenarnya nak upload pics aktiviti Audy di ILike.. Sgt menarik, at least nnt bila dah besar Audy bole jugak baca blog mommy ni. Zaman skrg ni org dah x tgk album dah kan.. Hehehe. Tgk fb, instagram, blog.. 

Jomss

Swimming session dgn instructor En Amin.

Time ni Audy slim shady lagik.. :p

Dlm bas nk g lawatan ke kilang Yakult.. Kat Seremban2 jek

Di kilang Yakult Seremban2

Haa ni time amik progress report Audy.. Dah boleh membaca.. Alhamdulillah

Yang ni masa kes MH17 (rasenya)

Exam


Public speaking.. Introducing her "friend"

Tak tau aktiviti apa ni.. Sambutan apa ntah..

Sukaneka ILike

Cooking class.. Wahh nak buat apa tu? Time ni rasenye buat choc chips..

Time ni Jian pun join cooking class jugak

Lawatan ke Langkawi.. Heheh.. Tumpang pic ni. Family holiday ye, bukan lawatan sekolah tadika.. 

Birthday celebration kawan ILike

Senaman Earobik kott.. Yang x pakai uniform tu Jian.. Heheh.. Time ni hntr Yan for trial class.

Haa tu Jian :)

Pray for GAZA 


Sambutan "sesuatu".. Hehehhe 

*%#^* :)

By ILike Kids

Ok... Tbc yer.. Kematu jari jemari ku scroll pics ..





Saturday, 27 September 2014

Lost & Found


Bukan barang, tapi anak.. 

Masih terasa suspen nye ketika kejadian tu. Rase nak gugur jantung, rase helpless, rase takot yang amat sangat, rase menyesal, rase yang macam2...  Terpikir macam2 masa tu.. Kat mana org bawak Audy keluar? Pintu mana? Sapa yang bawak? Kat mana dia sekarang? Macamana org tu bawak Audy?

Pagi tu kami ke Family Day RHB Bank di Malaysia Agro Park di Serdang




Masa tu kami di Parkson Seremban Parade.. G sana utk beli swimming suit Audy sbb yg lama dah ketat. Dah selesai shopping swimming suit dan rope towel, nak balik lah konon.. Tapi dapat pulak voucher rm10 yg hanya valid utk 1 minggu. Saya pun trs carik bag utk brgan swimming yg murah2 utk guna voucher tu.. Dah dpt tu trs la nak bayar.. On the way to cashier ade doll house.. Dekat sgt dg cashier tu, 30 steps pun x smp.  Audy pun cakap, Audy nak tgk doll house ni.. Ok, mommy g bayar bawak Aydean while Audy n Jian tgk doll house (Jian sblm tu merajuk sbb mintak brg x dpt). So masa kat cashier tu ade sorg jek dpn saya. Saya sempat jengok2 kat tmpt doll house tu, nampak Yan. Ok lah tu..

Tapiiiiii... Bila lps bayar, nampak Jian sorg jek.. Saya panggil2 Audy, budget2 dia masuk area dlm 2 sikit kat tempat toys.. Panggil nak 10 kali, xde respon. Tanya Jian, mana kakak? Sambil merajuk dia jawab x tau..  Makin suspen dah, sora makin kuat. Saya dah start tanya2 org, nampak x bdk pakai shirt cam ni ( sambil tunjuk Jian sbb dorg pakai shirt yg same).  Makin lama saya makin dah menjerit2 panggil nama Audy, sambil mula start nangis.. Shoppers lain pun dah kecoh2- anak dia hilang.. Staff pun dah tolong carik kan.. ya Allah perasaan time tu.. Dah start pikir yang bukan2... ya Allah selamat kan lah anakku..

Makin kuat saya nangis sambil panggil nama Audy, tetiba kat another section kat floor tu, ade org bgtau, ni dia.. Ni dia.. Dan saya nampak Audy.. Alhamdulillah, lega rase nye, tapi tetap marah sbb geram. Sgt2 syukur time tu.. Macamane lar perasaan parents lain yg diuji dgn anak hilang tu.. Saya yang hilang dlm 3 minit rasenya pun dah nak pengsan. 

Abis saya lecture dia lps tu.. Bila di tanya, dia kata lps tgk doll hse Audy tgk section bags pulak. Lps tu ade 1 coouple tu bawak Audy g information counter, mungkin sbb dia nampak Audy mencari2 saya.. Dan masa saya tgh carik tu, staff lain tgh amik details Audy. 

Alhamdulillah Audy selamat... Saya yakin Allah lindungi anak2 saya mungkin salah satu sebabnya dengan doa.. Sesungguhnya doa itu senjata org Islam. Saya tak dapat nak pastikan keselamatan anak2 saya, terutamanya apabila saya keluar bekerja, dan Audy kesekolah, Jian dan Aydean dirumah. Hanya dgn kekuatan doa saya harapkan anak2 saya dilindungi Allah dari segala kesusahan, keburukan, kejahatan serta bahaya dari segala kejahatan dan keburukan di dunia ini dan di akhirat kelak, dengan rahmat dan kasih sayang Nya..  Sebelum kami keluar rumah semalam pun, dalam kereta kami berdoa agar perjalanan kami selamat, dan dilindungi dari segala bahaya..  

Alhamdulillah walaupun diuji semlm, tapi semua nya selamat.. Pengajaran utk diri saya sendiri.  Lesson learnt, Edlin!!! 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Tips Kesihatan Percuma

Untuk sebarang pertanyaan dan khidmat nasihat, hubungi saya (Call, SMS, Whatsapp) di 019-2677100


Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Rakan Blog

Dikuasakan oleh Zulfae Solution. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my